CHECK STATUS MYKASIH 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK DAPAT BAYARAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD SETIAP BULAN BERJUMLAH RM100, RM200, RM50

CHECK STATUS MYKASIH 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK DAPAT BAYARAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD SETIAP BULAN BERJUMLAH RM100, RM200, RM50

Individu yang disahkan status layak MyKasih akan secara automatik dapat menerima pengkreditan Bantuan SARA dalam MyKad setiap bulan dan ianya perlu digunakan untuk beli barang-barang keperluan asas dan tidak boleh keluarkan secara tunai.

Bagaimanakah check status MyKasih 2026? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BAYARAN STR FASA 1 2026 : SEMAKAN STATUS PEMOHON LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL

APA ITU MYKASIH?

MyKasih adalah merupakan sebuah yayasan yang melaksanakan pemberian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah atau dikenali sebagai Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad penerima untuk membantu memenuhi keperluan asas setiap bulan.

JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2026

Bantuan SARA akan dikreditkan dalam MyKad penerima yang layak berdasarkan status dan kategori penerima seperti berikut :

  • Penerima Status Miskin & Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN SARA
Isi RumahRM200 sebulan
(RM2,400 setahun)
Warga EmasRM150 sebulan
(RM1,800 setahun)
BujangRM100 sebulan
(RM1,200 setahun)
  • Penerima Status Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN SARA
Isi RumahRM100 sebulan
(RM1,200 setahun)
Warga EmasRM50 sebulan
(RM600 setahun)
BujangRM60 sebulan
(RM600 setahun)

TARIKH KREDIT BANTUAN SARA MYKASIH

Berikut adalah tarikh pengkreditan Bantuan SARA ke dalam MyKad penerima yang layak sepanjang tahun 2026 :

BIL.TARIKH KREDIT
1.9 Januari 2026 (Isi Rumah & Warga Emas)
dan
16 Januari 2026 (Bujang)
2.1 Februari 2026 (Semua)
3.1 Mac 2026 (Semua)
4.1 April 2026 (Semua)
5.1 Mei 2026 (Semua)
6.1 Jun 2026 (Semua)
7.1 Julai 2026 (Semua)
8.1 Ogos 2026 (Semua)
9.1 September 2026 (Semua)
10.1 Oktober 2026 (Semua)
11.1 November 2026 (Semua)
12.1 Disember 2026 (Semua)

PLATFORM MYKASIH 2026

Rakyat boleh memilih mana-mana platform MyKasih yang disediakan untuk check status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA Dalam MyKad :

PLATFORMPAUTAN (LINK)
Portal Rasmi MyKasihhttps://mykasih.com.my/
Aplikasi MyKasihhttps://mykasih.com.my/mykasih-app/

CHECK STATUS MYKASIH 2026

Rujuk cara check status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA secara online melalui Portal Rasmi MyKasih seperti di bawah :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Atau anda boleh juga check status melalui aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun secara percuma mengikut panduan berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
  2. Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
  3. Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
    • [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
    • [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
  4. Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
  5. Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
  6. Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
  7. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  8. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  9. Klik pada butang [Semakan Status].
  10. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
  11. Selesai.

CONTOH PAPARAN STATUS MYKASIH

Bagi individu yang disahkan ‘Layak’ status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan seperti contoh berikut :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)100.00

INFO LANJUT MYKASIH

Untuk info yang lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh dapatkan daripada pihak berwajib melalui platform yang tertera seperti di bawah :

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment