SARA BULANAN BUJANG 2026 : LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BANTUAN DALAM MYKAD RM50 SETIAP BULAN FASA 1 2026 – CEK STATUS SEGERA
Daripada 8.1 juta penerima Bantuan SARA Bulanan, terdapat 3.1 juta penerima yang merupakan kategori bujang yang tersenarai layak untuk menerima pengkreditan dalam MyKad dengan kadar RM50 hingga RM100 setiap bulan.
Bagaimanakah semak layak atau tidak SARA Bulanan untuk Bujang? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
KADAR BANTUAN SARA BULANAN BUJANG 2026
Masing-masing penerima yang merupakan individu bujang akan terima bayaran Bantuan SARA Bulanan dengan kadar berlainan mengikut kelayakan seperti berikut :
| KELAYAKAN BUJANG | KADAR BANTUAN SARA |
|---|---|
| Bujang Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) | RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun |
| Bujang Pendapatan Bawah RM2,500 Sebulan | RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
JADUAL KREDIT SARA BULANAN UNTUK BUJANG
Pengkreditan Bantuan SARA Bulanan dilaksanakan dari bulan Januari hingga bulan Disember (selama 12 bulan) untuk individu bujang dijadualkan mengikut tarikh-tarikh seperti berikut :
| BIL. | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| 1. | 16 Januari 2026 |
| 2. | 01 Februari 2026 |
| 3. | 01 Mac 2026 |
| 4. | 01 April 2026 |
| 5. | 01 Mei 2026 |
| 6. | 01 Jun 2026 |
| 7. | 01 Julai 2026 |
| 8. | 01 Ogos 2026 |
| 9. | 01 September 2026 |
| 10. | 01 Oktober 2026 |
| 11. | 01 November 2026 |
| 12. | 01 Disember 2026 |
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BUJANG 2026
Bantuan SARA Bulanan tidak terbuka kepada semua bujang. Namun ianya terhad kepada yang benar-benar layak serta memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :
| KRITERIA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 21 hingga 59 tahun atau OKU 19 tahun ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang -(belum kahwin) Balu -(Kematian pasangan) Duda / Janda (Cerai) |
| Jumlah Tanggungan (anak) | Tiada |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) atau Tidak lebih RM2,500 sebulan |
| Permohonan STR 2026 | Lulus ✅ |
SEMAK KELAYAKAN BUJANG TERIMA SARA BULANAN
Individu bujang yang ingin mengetahui status kelayakan untuk terima Bantuan SARA Bulanan, semakan boleh dilakukan secara atas talian melalui aplikasi mudah alih seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
- [SARA Untuk Semua RM100One-Off]
- [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100One-Off]
- Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100One-off].
- Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
- Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status penerima yang layak :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 16/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 100.00 |
RUJUKAN LANJUT SARA
Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan SARA Bulanan, anda boleh rujuk pihak berwajib melalui talian, laman dan e-mel rasmi seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.