SARA BULANAN BUJANG : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN DALAM IC RM50 SETIAP BULAN FASA 1 2026

SARA BULANAN BUJANG : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN DALAM IC RM50 SETIAP BULAN FASA 1 2026

Kira-kira 3.1 juta individu Bujang yang disenaraikan sebagai penerima Bantuan SARA Bulanan adalah meliputi status belum berkahwin, balu (kematian pasangan) dan duda / janda (bercerai) serta tiada anak.

Bagaimanakah semak kelayakan SARA Bulanan Bujang? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : AMAUN DUIT BAYARAN STR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN BANTUAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK FASA 1

KELAYAKAN PENERIMA SARA BUJANG

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan SARA untuk kategori bujang :

SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had umurBiasa : 21 hingga 59 tahun
OKU : 19 tahun ke atas
Status PerkahwinanBujang belum berkahwin
Balu / Duda / Janda (tiada anak)
Kadar PendapatanBawah RM2,500 atau
Bawah Garis Kemiskinan (PGK)
Permohonan STR 2026Lulus

CARA TERIMA SARA BULANAN

Semua individu bujang akan terima bayaran Bantuan SARA dengan cara yang sama seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMACARA TERIMA BAYARAN
BujangTerima secara tanpa tunai (cashless)
melalui Kad Pengenalan diri (IC)

JUMLAH SARA BULANAN BUJANG

Jumlah Bantuan SARA akan dikreditkan kepada individu bujang mengikut kelayakan seperti berikut :

KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN SARA
Bujang Pendapatan Bawah RM2,500RM50 setiap bulan
x 12 bulan
= RM600 setahun
Bujang Pendapatan Bawah Garis PGKRM100 setiap bulan
x 12 bulan
= RM1,200 setahun

TARIKH KREDIT SARA BULANAN UNTUK BUJANG

Individu bujang akan menerima Bantuan SARA setiap bulan mengikut tarikh yang tertera dalam jadual di bawah :

TARIKH KREDITJUMLAH BANTUAN
16 Januari 2026RM50 & RM100
01 Februari 2026RM50 & RM100
01 Mac 2026RM50 & RM100
01 April 2026RM50 & RM100
01 Mei 2026RM50 & RM100
01 Jun 2026RM50 & RM100
01 Julai 2026RM50 & RM100
01 Ogos 2026RM50 & RM100
01 September 2026RM50 & RM100
01 Oktober 2026RM50 & RM100
01 November 2026RM50 & RM100
01 Disember 2026RM50 & RM100

SEMAK KELAYAKAN SARA BULANAN

Bermula 15 Januari 2026, individu bujang boleh membuat semakan kelayakan mengikut panduan seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
  2. Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
  3. Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
    • [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
    • [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
  4. Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100One-off].
  5. Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
  6. Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
  7. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 900129101234).
  8. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  9. Klik pada butang [Semakan Status].
  10. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan seperti contoh di bawah :
Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula16/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini
(RM)
100.00

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang Bantuan SARA Bulanan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment