SENARAI BARANG SARA 2026 : CEK BARANGAN YANG BOLEH DIBELI GUNA BANTUAN MYKAD MYKASIH TERBARU

SENARAI BARANG SARA 2026 : CEK BARANGAN YANG BOLEH DIBELI GUNA BANTUAN MYKAD MYKASIH TERBARU

Terdapat lebih 10,000 ribu kedai runcit, pasar raya dan pasar mini seluruh Malaysia yang berdaftar dengan SARA membolehkan penerima membuat pembelian barang-barang keperluan asas secara harian dan bulanan.

Apakah senarai barang SARA? Cek senarai yang lengkap dan cara beli guna Bantuan SARA dalam MyKad di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN TUNAI STR HASIL 2026 DIBAYAR : SEMAK KADAR BAYARAN YANG AKAN DIKREDIT KEPADA PENERIMA SEMASA FASA 1

SENARAI BARANG SARA 2026

Barangan keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad meliputi lebih 100,000 jenis dan jenama yang tersedia di mana-mana kedai dan pasaraya seluruh Malaysia.

Antaranya adalah :

KATEGORI BARANGJENIS-JENIS BARANG
Bahan asas masakanBeras, telur, minyak masak, tepung,
sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam,
cukup rasa, dan sebagainya.
Makanan ringanRoti, biskut, mi segera dan sebagainya.
Minuman perisaSusu tepung, susu tin (pekat & cair),
teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe
dan sebagainya.
Produk penjagaan diriUbat gigi, berus gigi, sabun mandian,
shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
keperluan asas bayiLampin pakai buang, susu tepung
(hanya jenama terpilih), sabun cecair
mandian bayi dan sebagainya.
Ubat-ubatanPanadol, ubat batuk dan sebagainya
yang diluluskan oleh KKM.
Produk kebersihan rumahSabun pencuci lantai, sabun / serbuk
pencuci pakaian, sabun pencuci
pinggan dan sebagainya.
Barang sekolah anakAlat tulis, pakaian seragam sekolah,
kasut sekolah dan sebagainya.

CARA BELI BARANG SARA

Bagi penerima sedia ada tentunya sudah mengetahui cara-cara untuk beli barang keperluan asas dengan menggunakan Bantuan SARA. Namun bagi penerima yang pertama kali ingin membuat pembelian, ikuti langkah dan cara mudah seperti berikut :

LANGKAHCARA-CARA BELI BARANG SARA
1.Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya
yang berdaftar dengan SARA
2.Pilih barang keperluan yang mempunyai
label SARA pada rak tanda harga
3.Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem
bayaran SARA MyKasih
4.Berikan MyKad pada juruwang bertugas
untuk pengesahan penerima dan baki
5.Juruwang akan imbas barang yang
diambil mengikut label SARA
6.Bayar dengan menggunakan MyKad
(Jika melebihi had baki yang ada,
penerima perlu bayar lebihan secara tunai)
7.Resit dan MyKad akan diberikan

HAD BELI BARANG SARA 2026

Namun, semua penerima yang layak perlu mengetahui had Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad supaya penerima boleh tahu apa barang dan berapa yang boleh dibelanjakan. Berikut merupakan had beli barang Bantuan SARA :

HAD BELI BARANG SARA
(PENERIMA MISKIN)
HAD BELI BARANG SARA
(PENERIMA ASAS)
Isi Rumah :
RM200 setiap bulan
Isi Rumah :
RM100 setiap bulan
Warga Emas :
RM150 setiap bulan
Warga Emas :
RM50 setiap bulan
Bujang :
RM100 setiap bulan
Bujang :
RM50 setiap bulan

TARIKH BOLEH BELI BARANG SARA

Penerima boleh mula membuat pembelian barangan keperluan asas dari tarikh Bantuan SARA mula dikreditkan dalam MyKad. Berikut adalah tarikh-tarikh Bantuan SARA dikreditkan dan boleh digunakan untuk beli barang :

TARIKH KREDIT SARA
09/01/2026 (Isi Rumah & Warga Emas)
16/01/2026 (Bujang)
01/02/2026 (Semua)
01/03/2026 (Semua)
01/04/2026 (Semua)
01/05/2026 (Semua)
01/06/2026 (Semua)
01/07/2026 (Semua)
01/08/2026 (Semua)
01/09/2026 (Semua)
01/10/2026 (Semua)
01/11/2026 (Semua)
01/12/2026 (Semua)
*Sah digunakan sehingga 31/12/2026 sahaja.

INFO LANJUT SARA

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment