BANTUAN SEKOLAH RM150 2026 : TARIKH BAYARAN & SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengagihkan Bantuan Sekolah iaitu Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada 5.2 murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dan termasuk pelajar Tingkatan 6 dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM800 juta.
Bagaimanakah semak status kelayaka dan bila tarikh bayaran Bantuan Sekolah RM150? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
PERUNTUKAN BANTUAN SEKOLAH 2026
Berdasarkan Belanjawan 2026, Kerajaan memperuntukan sebanyak RM800 juta untuk disalurkan kepada seramai 5.2 juta murid dan pelajar sekolah melalui sumbangan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Selain itu, Kerajaan juga memperuntukan beberapa bantuan lain seperti Penyediaan Biasiswa Kecil Persekutuan RM150 juta, Rancangan Makanan Tambahan RM870 juta dan Bantuan Am Persekolahan termasuk Tingkatan 5 RM180 juta.
PENGENALAN BANTUAN SEKOLAH
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah diperkenalkan sejak tahun 2012 yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan ibu bapa / penjaga dalam perbelanjaan menyediakan barang persekolahan anak-anak pada awal tahun.
Untuk tahun 2026, Bantuan Sekolah akan diteruskan dan aka dibayar kepada semua murid Tahun 1 hingga pelajar Tingkatan 5 dan Tingkat 6 / setaraf dengannya tanpa mengira tahap pendapatan ibu bapa / penjaga.
Langkah penyampaian Bantuan Sekolah ini mencerminkan komitmen kerajaan Madani di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dalam memperkukuhkan akses pendidikan yang adil, menyeluruh dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.
KADAR BAYARAN BANTUAN SEKOLAH 2026
Kerajaan akan membayar Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua murid Tahun 1 sehingga pelajar Tingkatan 5 dengan kadar yang sama iaitu sebnyak RM150 sekaligus bagi setiap seorang murid.
Termasuk pelajar Tingkatan 6 juga akan terima bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dengan kadar yang sama iaitu sebanyak RM150 sekaligus.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SEKOLAH 2026
Kerajaan akan memberikan bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid dan pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Murid / pelajar Warganegara Malaysia.
- Tahun 1 hingga Tingkatan 6 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan 2026.
- Bersekolah di :
- Sekolah Kerajaan (SK).
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
- Sekolah Agama.
- Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.
- Sekolah Integriti.
- Sekolah Henry Gurney.
CARA BAYARAN BANTUAN SEKOLAH 2026
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyalurkan secara berperingkat ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaa (KWK) atau sekolah atau Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK.
Setelah pihak sekolah menerima bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP), pihak sekolah akan agihkan bayaran kepada ibu bapa / penjaga melalui :
- Serahan tunai di sekolah masing-masing melalui Program Pertemuan antara guru dan ibu bapa.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SEKOLAH RM150 2026
Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 akan mula diagihkan di sekolah masing-masing bermula pada 11 Januari 2026 (Ahad). Setiap ibu bapa / penjaga diwajibkan hadir ke sekolah anak masing-masing untuk menerima wang bantuan.
INFO LEBIH LANJUT
Untuk info yang lebih lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), ibu bapa / penjaga boleh dapatkan rujukan daripada :
- Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) : https://www.moe.gov.my/.
Terima kasih kepada pemimpin negara pmxDato’ Anuar Ibrahim atas ihsan pimpinan beliau, walau no nya kecil tetapi pada yg sgt memerlukan diluar sana yg tak semua netizen tidak tahu termasok diri saya sendiri bersujuk syukur atas hadiah ini..Tq PMX