CHECK MYKASIH 2026 : STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SETIAP BULAN
Seramai lebih 8.1 juta penerima yang terdiri daripada 3.7 juta isi rumah, 1.3 juta warga emas dan 3.1 juta individu bujang disahkan layak terima bayaran Bantuan Sara MyKasih untuk sepanjang tahun sehingga berjumlah RM2,400.
Bagaimanakah cara check status kelayakan MyKasih 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR 2026 SEMAKAN KELULUSAN : CHECK STATUS LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN SEMASA FASA 1
CHECK MYKASIH 2026
Rujuk cara check status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sara MyKasih seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang tersebut.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Tunggu pengesahan verifikasi.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan Sara akan dipaparkan.
- Selesai.
*Status kelayakan untuk tahun 2026 perlu disemak secara berkala untuk tahu status kelayakan semasa.
KADAR KREDIT SARA MYKASIH 2026
Kadar pengkreditan Bantuan Sara MyKasih untuk tahun 2026 bermula RM50 hingga RM200 setiap bulan bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | KADAR KREDIT SARA MYKASIH |
|---|---|
| Isi Rumah (Miskin & Miskin Tegar) | RM200 setiap bulan |
| Warga Emas (Miskin & Miskin Tegar) | RM150 setiap bulan |
| Bujang (Miskin & Miskin Tegar) | RM100 setiap bulan |
| Isi Rumah (Asas Bukan Miskin) | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas (Asas Bukan Miskin) | RM50 setiap bulan |
| Bujang (Asas Bukan Miskin) | RM50 setiap bulan |
TARIKH KREDIT SARA MYKASIH 2026
Pengkreditan Bantuan Sara MyKasih adalah setiap bulan bermula Januari hingga Disember 2026 dan bayaran untuk tahun 2026 akan dikreditkan pada tarikh seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH KREDIT SARA MYKASIH |
|---|---|
| Isi Rumah & Warga Emas | Mulai 9 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
| Bujang | Mulai 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
CARA KREDIT SARA MYKASIH
Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan Sara MyKasih secara automatik terus ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang layak dan setiap penerima perlu menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) untuk beli barang-barang keperluan asas setiap bulan.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.