BANTUAN DALAM MYKAD RM200 2026 : CHECK SENARAI NAMA PENERIMA
MyKad / Kad Pengenalan rakyat Malaysia dicipta khas yang boleh digunakan sebagai kad untuk penerimaan duit dan boleh digunakan untuk bayaran tanpa tunai dengan hanya sentuhan kad pada mesin sahaja. Oleh itu, Kerajaan mengkreditkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah dalam MyKad penerima untuk memudahkan menerima dan menggunakan bantuan.
Bagaimanakah cara check senarai nama penerima Bantuan Dalam MyKad RM200? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SARA MYKASIH SETIAP BULAN 2026 : SEMAK KELULUSAN PEMOHON UNTUK DAPAT BAYARAN (RM1200 & RM2400 & RM600)
SYARAT LAYAK BANTUAN DALAM MYKAD RM200 2026
Penerima Bantuan RM200 dalam MyKad dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara : Malaysia.
- Status Perkahwinan : Berkahwin (ada / tiada anak) atau Ibu bapa tunggal (ada anak).
- Kadar Pendapatan : Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Status eKasih : Tersenarai dalam rekod data eKasih sebagai penerima ‘Miskin & Miskin Tegar’.
- Status STR : Lulus permohonan STR kategori Isi Rumah.
CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD
Nama penerima Bantuan Dalam MyKad boleh di check secara atas talian (online) mengikut panduan seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Tunggu pengesahan ‘Verifikasi’.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Kerajaan akan mengkreditkan bantuan ke dalam MyKad penerima yang layak pada tarikh-tarikh berikut :
- Januari 2026 – RM200.
- 1 Februari 2026 – RM200.
- 1 Mac 2026 – RM200.
- 1 April 2026 – RM200.
- 1 Mei 2026 – RM200.
- 1 Jun 2026 – RM200.
- 1 Julai 2026 – RM200.
- 1 Ogos 2026 – RM200.
- 1 September 2026 – RM200.
- 1 Oktober 2026 – RM200.
- 1 November 2026 – RM200.
- 1 Disember 2026 – RM200.
LANGKAH GUNA BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Setelah disahkan layak dan bantuan dikreditkan dalam MyKad, penerima boleh menggunakannya mengikut langkah-langkah berikut :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
PERINCIAN LANJUT
Artikel ini kami tulis dan kongsikan berdasarkan maklumat daripada Portal Rasmi MyKasih. Jika pihak tuan / puan mempunyai sebarang masalah atau sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib untuk perincian lebih lanjut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]