SARA MYKASIH SETIAP BULAN 2026 : SEMAK KELULUSAN PEMOHON UNTUK DAPAT BAYARAN (RM1200 & RM2400 & RM600)
Bukan sahaja golongan B40 layak terima Bantuan SARA MyKasih, namun kini kerajaan meluaskan pemberian kepada golongan B40 dan M40. Melalui program Bantuan SARA MyKasih, rakyat dapat memenuhi keperluan asas harian dengan mudah.
Bagaimanakah cara semak kelulusan penerima bayaran SARA MyKasih setiap bulan? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
SARA MYKASIH SETIAP BULAN 2026
Setiap bulan, Bantuan SARA akan dikreditkan kepada penerima yang layak dan jika penerima tidak menggunakan atau tidak menghabiskan bantuan, baki tersebut akan dibawa ke bulan-bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama kredit semasa.
NILAI BAYARAN SARA MYKASIH SETIAP BULAN
Nilai bayaran Bantuan SARA untuk setiap kategori adalah tidak sama kerana ianya dibayar berdasarkan kelayakan seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | NILAI BAYARAN SARA |
|---|---|
| Bujang Status Miskin & Miskin Tegar | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas Status Miskin & Miskin Tegar | RM150 setiap bulan |
| Isi Rumah Status Miskin & Miskin Tegar | RM200 setiap bulan |
| Bujang Status Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
| Warga Emas Status Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
| Isi Rumah Status Asas Bukan Miskin | RM100 setiap bulan |
KAEDAH BAYARAN SARA MYKASIH 2026
Kerajaan akan membayar Bantuan SARA kepada semua penerima dengan kaedah yang sama iaitu dimasukkan terus secara automatik tanpa tunai melalui KAD PENGENALAN diri penerima dan ianya hanya boleh diguna pakai untuk pembelian barang-barang keperluan asas yang tertentu sahaja.
JADUAL BAYARAN SARA MYKASIH SETIAP BULAN
Pembayaran Bantuan SARA akan dilaksanakan setiap bulan dari Januari hingga Disember mengikut pada jadual seperti berikut :
| BIL. | TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH |
|---|---|
| 1. | Januari 2026 |
| 2. | 1 Februari 2026 |
| 3. | 1 Mac 2026 |
| 4. | 1 April 2026 |
| 5. | 1 Mei 2026 |
| 6. | 1 Jun 2026 |
| 7. | 1 Julai 2026 |
| 8. | 1 Ogos 2026 |
| 9. | 1 September 2026 |
| 10. | 1 Oktober 2026 |
| 11. | 1 November 2026 |
| 12. | 1 Disember 2026 |
CARA SEMAK KELULUSAN PENERIMA SARA MYKASIH
Turuti cara semak kelulusan secara online di bawah untuk mengetahui status kelulusan sebagai penerima Bantuan SARA MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelulusan penerima bayaran Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]