TARIKH AKHIR BANTUAN SARA 2025 : SEMAK TARIKH TAMAT TEMPOH BOLEH BELI BARANG DAPUR GUNA MYKASIH
Terkini! Tinggal sehari sahaja lagi sebelum elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sesi 2025 untuk mendapatkan barangan keperluan asas akan luput secara automatik sekiranya tidak belum digunakan oleh penerima. Oleh itu, penerima hendaklah menggunakan baki yang ada dengan segera.
Bilakah tarikh akhir bantuan sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH SEMAK STATUS BANTUAN STR FASA 1 2026 : YANG LULUS PERMOHONAN BAKAL MENERIMA BAYARAN BANTUAN
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
TARIKH AKHIR BANTUAN SARA 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dilaksanakan seperti berikut :
| JENIS SARA | TARIKH AKHIR GUNA |
|---|---|
| SARA EKASIH | 31 Disember 2025 (Rabu) |
| SARA BUKAN EKASIH | 31 Disember 2025 (Rabu) |
| SARA ONE-OFF (PENGHARGAAN SARA) | 31 Disember 2025 (Rabu) |
Baki atau kredit SARA 2025 yang tidak dibelanjakan pada 31 Disember 2025, tidak lagi di bawa ke bulan hadapan, dan akan luput secara automatik.
AMAUN BANTUAN SARA 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut:
- SARA EKASIH
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) | RM2,100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) | RM1,650 |
| Bujang | RM50 (Januari – Disember) | RM600 |
- SARA BUKAN EKASIH
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 (April – Disember) | RM900 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 (April – Disember) | RM450 |
CHECK BAKI KREDIT BANTUAN SARA 2025
Baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 boleh disemak secara online dengan kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA KREDIT BANTUAN SARA 2025
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
SENARAI BARANG DAN KEDAI BERDAFTAR SARA
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
- Makanan : Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk mendapatkan barangan keperluan asas di kedai atau pasar raya berdaftar di bawah Program SARA MyKasih seperti :
- Pasar Raya Besar: Mydin, Giant, Lotus’s (Tesco)
- Kedai Runcit: 99 Speedmart, dan pasar mini terpilih.
Senarai penuh boleh di semak di : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]