JUMLAH DUIT SARA DALAM MYKAD : CARA CHECK BAKI SECARA ONLINE & SEMAK TARIKH TAMAT TEMPOH BOLEH BELI GUNA IC

JUMLAH DUIT SARA DALAM MYKAD : CARA CHECK BAKI SECARA ONLINE & SEMAK TARIKH TAMAT TEMPOH BOLEH BELI GUNA IC

Kredit serta baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad (Kad Pengenalan) sesi 2025 yang tidak digunakan selepas tarikh akhir program akan luput secara automatik. Untuk mengetahui jumlah baki duit dalam MyKad, penerima boleh membuat semakan secara online.

Berapakah jumlah duit sara dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: AMAUN BANTUAN STR 2026 DIBAYAR : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA KETIKA FASA 1

SYARAT KELAYAKAN SARA DALAM MYKAD

Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.

JADUAL PEMBAYARAN DUIT SARA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dilaksanakan seperti berikut :

JENIS SARATARIKH MULA PROGRAMTARIKH LUPUT/
AKHIR GUNA
SARA eKasih15 Januari 202531 Disember 2025
SARA Bukan eKasih1 April 202531 Disember 2025
Penghargaan SARA
(SARA ONE-OFF)
31 Ogos 202531 Disember 2025

Baki atau kredit SARA 2025 yang tidak dibelanjakan selepas 31 Disember 2025 akan luput secara automatik.

JUMLAH DUIT SARA DALAM MYKAD

Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut:

  • SARA EKASIH (STR EKASIH)
KATEGORI PENERIMAAMAUN BULANANTOTAL SETAHUN
Isi RumahRM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
RM2,100
Warga Emas Tiada PasanganRM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
RM1,650
BujangRM50 (Januari – Disember)RM600
  • SARA BUKAN EKASIH
KATEGORI PENERIMAAMAUN BULANANTOTAL SETAHUN
Isi RumahRM100 (April – Disember)RM900
Warga Emas Tiada PasanganRM50 (April – Disember)RM450

PANDUAN GUNA DUIT SARA DALAM MYKAD

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk mendapatkan barangan keperluan asas di kedai atau pasar raya berdaftar di bawah Program SARA MyKasih seperti :

  • Pasar Raya Besar: Mydin, Giant, Lotus’s (Tesco)
  • Kedai Runcit: 99 Speedmart, dan pasar mini terpilih.

Senarai penuh boleh di semak di : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

CHECK BAKI DUIT SARA DALAM MYKAD

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 boleh disemak secara online dengan kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment