BANTUAN EWALLET TERKINI 2026 : BAYARAN SEBANYAK RM300 SETIAP BULAN UNTUK PEMOHON YANG BERSTATUS LAYAK – SEMAK SEKARANG
Bantuan kewangan untuk keluarga di Selangor melalui BINGKAS diteruskan untuk membantu golongan yang memerlukan mendapatkan bantuan yang sewajarnya, bagi menampung perbelanjaan barang keperluan asas bulanan penerima.
Bagaimanakah semakan bantuan ewallet terkini 2026? Ikuti Info lanjut disini.
APA ITU BANTUAN EWALLET?
Bantuan e-Wallet atau Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ialah bantuan kewangan di bawah Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu keluarga B40 di Selangor yang memerlukan bantuan melalui barangan asas bagi memenuhi keperluan harian penerima.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2026
Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pemilih berdaftar di Selangor;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
- Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
BANTUAN EWALLET 2026
Program Bantuan BINGKAS Selangor, dilaksnakan seperti berikut :
| Nama Program | Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) |
| Amaun Bantuan (RM) | RM300 |
| Tempoh Bantuan | Setiap Bulan (12 Bulan) |
| Cara Bayaran | Tanpa tunai, melalui dompet digital e-Wallet SELANGKAH |
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN EWALLET 2026
Permohonan bantuan BINGKAS sesi 2026 kini dibuka bermula tarikh berikut :
| TARIKH BUKA PERMOHONAN | TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
|---|---|
| 1 Novermber 2025 (Sabtu) | Belum diumumkan |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN EWALLET 2026
Status Permohonan dan Kelayakan BINGKAS boleh disemak seperti berikut :
- Portal Rasmi BINGKAS; atau
- Aplikasi Selangkah.
Cara semakan status di Portal Rasmi BINGKAS :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
- Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
- Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
- Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
- Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
- Selesai.
Cara semakan status di Aplikasi Selangkah :
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
- Kemudian, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian [BINGKAS].
- Semak status kelayakan anda.
- Selesai.
TIPS GUNA DUIT BANTUAN DI APLIKASI SELANGKAH
Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
- Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
- Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
- Portal Rasmi BINGKAS : https://bingkasselangor.com/
- Soalan Lazim BINGKAS : https://bingkasselangor.com/soalan-lazim/