TARIKH RASMI BAYARAN DUIT BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS ANAK ANDA LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA & CHECK JUMLAH YANG BAKAL DITERIMA

TARIKH RASMI BAYARAN DUIT BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS ANAK ANDA LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA & CHECK JUMLAH YANG BAKAL DITERIMA

Dalam Belanjawan 2026, Kerajaan telah menyatakan bahawa peruntukan untuk pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah sebanyak RM800 juta untuk diagihkan kepada lebih 5.2 juta pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Bagaimanakah semakan status anak sebagai penerima dan bila tarikh bayaran duit Bantuan Awal Persekolahan 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN DALAM IC B40 2026 (RM100 & RM200 SETIAP BULAN) : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN SEKARANG

APA ITU BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN?

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah diperkenalkan sejak tahun 2012 sebagai bantuan kewangan yang diberikan pada awal tahun untuk membantu ibu bapa / penjaga menampung kos perbelanjaan barang-barang persekolahan anak-anak.

PERUNTUKAN DUIT BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026

Untuk memperkukuhkan akses pendidikan yang adil, menyeluruh dan inklusif bagi semua lapisan masyarakat, Kerajaan menyediakan beberapa peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), antaranya ialah :

  • RM800 juta peruntukan untuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
  • RM180 juta peruntukan untuk Bantuan Am Persekolahan (BAPs).
  • RM150 juta peruntukan untuk Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP).
  • RM870 juta peruntukan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

KADAR BAYARAN DUIT BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026

Semua murid / pelajar tahun satu (1) sehingga pelajar tingkatan lima (5) dari semua sekolah rendah dan sekolah menengah akan terima bayaran duit Bantuan Awal Persekolahan dengan kadar yang sama iaitu sebanyak RM150.00 sekaligus untuk setiap seorang pelajar.

Kerajaan juga bakal meluaskan pemberian kepada 100,000 orang pelajar tingkatan enam (6) yang bermula pada sesi akademik 2026 dan setiap seorang pelajar akan terima Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150.00.

TARIKH RASMI BAYARAN DUIT BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026

Kerajaan telah menetapkan bawah tarikh rasmi bayaran duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua murid / pelajar yang layak untuk tahun 2026 adalah bermula pada 11 Januari 2026 (Ahad).

SYARAT & KRITERIA PENERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026

Berikut adalah syarat serta kriteria kelayakan penerima Bantuan Awal Persekolahan untuk tahun 2026 :

  • Murid adalah Warganegara Malaysia.
  • Tahun satu (1) hingga Tingkatan enam (6) atau setaraf dengan sesi persekolahan 2026.
  • Bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK).
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
    • Sekolah Agama.
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.
    • Sekolah Integriti.
    • Sekolah Henry Gurney.

CARA PENERIMAAN BAYARAN DUIT BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyalurkan duit bantuan secara berperingkat melalui :

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; atau
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK.

Kemudian, pihak sekolah akan agihkan duit Bantuan Awal Persekolahan secara tunai di sekolah melalui program pertemuan antara guru dengan ibu bapa / penjaga.

BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026

Semua ibu bapa / penjaga tidak perlu membuat permohonan kerana semua murid / pelajar akan layak terima duit Bantuan Awal Persekolahan kerana ianya berdasarkan data dari APDM iaitu Aplikasi Pangkalan Data Murid.

INFO LANJUT

Untuk info yang lebih lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), pihak tuan / puan boleh merujuk pada Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti pautan di bawah :

Leave a Comment