SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2025 : CEK KELAYAKAN PEMOHON SAMA ADA LAYAK TERIMA BAYARAN ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2025 : CEK KELAYAKAN PEMOHON SAMA ADA LAYAK TERIMA BAYARAN ATAU TIDAK

Bantuan kewangan tahunan Musim Tengkujuh kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah kini mula dilaksanakan bagi sesi 2025. Pemohon boleh mula membuat semakan kelayakan untuk mengetahui status terkini sama ada layak atau tidak untuk menerima bayaran.

Bagaimanakah semakan bantuan musim tengkujuh 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS MYKASIH 2026 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA DAPAT ATAU TIDAK (RM100 & RM200 & RM50 SETIAP BULAN)

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2025

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ialah bantuan kewangan khas secara tahunan yang disediakan oleh pihak RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh bagi meringankan beban yang dihadapi.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Risda, terdiri daripada :

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA;
  • Pemilik keluasan tanah antara 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah;
  • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA;
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA);

Penoreh (Individu Menoreh di Kebun Getah Pekebun Kecil dan Bukan Pemilik Tanah)

  • Warganegara Malaysia;
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA;
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah / wakil yang sah;
  • Mempunyai Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh).

SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2025

Status permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2025 boleh di semak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Portal Pekebun Kecil RISDA : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa (-).
  4. Kemudian klik [Hantar].
  5. Maklumat [Status Permohonan BMT 2025] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Sekiranya semakan status permohonan tidak lulus, rayuan permohonan akan dibuka kepada semua pekebun kecil dan penoreh getah yang ingin membuat semakan semula permohonan yang ditolak kerana semakan awal mendapati permohonan tersebut tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan bantuan.

Pemohon boleh mengemaskini semula permohonan melalui Portal Pekebun Kecil RISDA sebelum tarikh tutup permohonan rayuan.

JUMLAH BANTUAN

Bantuan Musim Tengkujuh RISDA dilaksanakan seperti berikut :

  • Bantuan RM800 kepada penoreh getah dan pemilik kebun kecil yang berdaftar di bawah RISDA;
  • Pemberian bantuan dilaksanakan 4 kali iaitu RM200 selama 4 bulan pada bulan November dan Disember tahun semasa serta Januari dan Februari tahun seterusnya.
TARIKH PEMBAYARANKADAR BANTUAN (RM)
November 2025RM200
Disember 2025RM200
Januari 2026RM200
Februari 2026RM200

CARA KREDIT BAYARAN

Bantuan akan disalurkan terus melalui transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan, dan tidak memerlukan pemohon yang layak untuk hadir ke pejabat RISDA untuk mengambil bayaran secara tunai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment