CARA KIRA DIVIDEN ASB 2025 : UNTUK ASB LOAN 100K, 200K, 50K (PANDUAN LENGKAP)
ASNB (Amanah Saham Nasional Bhd) adalah merupakan syarikat pengurusan unit saham milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB). Kadar pembayaran Dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera) untuk tahun 2025 mencecah RM10.4 billion untuk manfaat 11.4 juta pemegang unit ASB.
Bagaimanakah cara kira dividen ASB? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
KADAR DIVIDEN ASB 2025
Kadar Dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera untuk tahun 2025 adalah kekal sama seperti kadar Dividen untuk tahun 2024 yang merupakan rekod yang tertinggi dalam tempoh lima (5) tahun (2020 – 2025) seperti berikut :
| TAHUN | KADAR DIVIDEN (%) | BONUS (%) |
|---|---|---|
| 2025 | 5.50 | 0.25 |
| 2024 | 5.50 | 0.25 |
| 2023 | 4.25 | 1.00 |
| 2022 | 3.35 | 1.25 |
| 2021 | 4.25 | 0.75 |
| 2020 | 3.50 | 0.75 |
BILANGAN PENERIMA MANFAAT DIVIDEN ASB 2025
Pihak Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengumumkan bahawa seramai 11.4 juta pemegang unit ABS untuk tahun 2025 akan menerima manfaat Dividen ASB sebanyak 5.75 sen dan jumlah keseluruhan bayaran adalah mencecah sehingga RM10.4 billion.
Agihan Dividen ASB adalah menunjukan pendapatan yang kompetitif mengatasi penanda aras iaitu kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank yang mencatatkan kadar purata hanya sebanyak 2.29 sen selama tempoh yang sama dengan ASB.
CARA KIRA DIVIDEN ASB 2025
Individu yang merupakan pemegang unit ABS, boleh membuat kiraan Dividen ASB yang dapat untuk tahun 2025 mengikut panduan seperti berikut :
- Dapatkan Baki Minimum Bulanan (BMB) – Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1 hari bulan sehingga hujung bulan.
- Dapatkan BMB untuk 12 bulan.
- Setiap jumlah BMB untuk 12 bulan dicatatkan, tambahkan kesemua BMB tersebut untuk setiap bulan
- Tambah BMB untuk 12 bulan (dari Januari hingga Disember).
- Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan ‘Purata Baki Minimum Bulanan 12 bulan atau Baki Minimum Tahunan.
- Bahagikan jumlah keseluruhan BMB kepada 12.
- Darabkan Baki Minimum dengan kadar dividen ASB iaitu 5.75 sen untuk dapatkan kadar penuh.
- Darab dengan 5.75.
Contoh :
Jika simpanan RM10,000 dari 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025 tanpa sebarang pengeluaran, jadi dividen yang akan dapat adalah :
RM10,000 x 5.75% = RM575 untuk tahun 2025.
TARIKH TANGGUHAN URUS NIAGA ASB 2025
Semua pemegang unit ASB perlu menangguhkan sebarang transaksi dari akaun ASB melalui cawangan dan ejen ABS atau semua saluran dalam talian (online) dan perbankan internet buat sementara waktu seperti tarikh berikut :
| SALURAN & TRANSAKSI | TARIKH TUTUP URUSNIAGA |
|---|---|
| myASNB, Platform Digital, Kaunter ASNB & Ejen ASB | 28 hingga 31 Disember 2025 |
| Transaksi Penukaran | 27 hingga 31 Disember 2025 |
Pemegang unit ASB boleh meneruskan transaksi di semua saluran dalam talian dan perbankan internet atau di mana-mana cawangan dan ejen ASB seperti jadual di bawah :
| SALURAN & TRANSAKSI | TARIKH BUKA URUSNIAGA |
|---|---|
| myASNB, Platform Digital | Bermula 1 Januari 2026 |
| Transaksi Penukaran Kaunter ASNB & Ejen ASB | Bermula 2 Januari 2026 |
MAKLUMAT LANJUT
Kami hanya menyediakan maklumat berkaitan ASB berdasarkan maklumat daripada pihak Kerajaan. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan maklumat Dividen ASB, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Pusat Khidmat Pelanggan ASNB : 03 7730 8899
- Alamat e-mel rasmi : [email protected]