SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN RM4600 2026 : CHECK SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BANTUAN INI

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN RM4600 2026 : CHECK SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BANTUAN INI

Pihak Kerajaan yakin dengan adanya Bantuan sebanyak RM4,600 dapat membantu meringankan bebanan kewangan ketua isi rumah dalam memenuhi keperluan asas untuk seisi keluarga bagi sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah semakan status kelayakan pemohon Bantuan RM4600? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN MYKASIH RM100 2026 : JIKA ANDA CUKUP SYARAT KELAYAKAN SILA DAFTAR  BANTUAN SARA UNTUK TERIMA BAYARAN SECARA BULANAN

APA ITU BANTUAN RM4600 2026?

Bantuan bernilai sebanyak RM4,600 adalah merupakan gabungan daripada Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah sebanyak RM2,200 dan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah sebanyak RM2,400 yang diberikan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.

CARA AGIHAN BANTUAN RM4600 2026

Agihan Bantuan RM4,600 adalah melalui dua (2) cara yang berbeza seperti berikut :

  • Cara-cara Agihan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (RM2,200) :
    • Dikreditkan dalam akaun bank penerima atau dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) ansur berperingkat selama 4 fasa.
  • Cara-cara Agihan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (RM2,400) :
    • Dikreditkan dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima setiap bulan dan boleh digunakan untuk beli barang keperluan secara tanpa tunai guna Kad Pengenalan (Mykad).

JADUAL AGIHAN BANTUAN RM4600 2026

Bantuan RM4,600 bukan diagihkan sekaligus, namun akan diagihkan secara berperingkat mengikut jadual seperti berikut :

JENIS & AMAUN
BANTUAN
TARIKH AGIHAN
BANTUAN
Bantuan Sumbangan
Tunai Rahmah
(RM2,200)
Fasa 1 : Februari 2026
Fasa 2 : Mac / April 2026
Fasa 3 : Ogos 2026
Fasa 4 : November 2026
Bantuan Sumbangan
Asas Rahmah
(RM2,400)
Januari 2026
Februari 2026
Mac 2026
April 2026
Mei 2026
Jun 2026
Julai 2026
Ogos 2026
September 2026
Oktober 2026
November 2026
Disember 2026

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN RM4600 2026

  • Warganegara : Malaysia.
  • Status Perkahwinan : Berkahwin / Ibu bapa tunggal.
  • Bilangan Anak : 5 orang atau lebih.
  • Kadar Pendapatan : Bawah garis kemiskinan (PGK) semasa.
  • eKasih : Daftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih.
  • Status Sumbangan Tunai Rahmah : Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah & automatik layak terima Sumbangan Asas Rahmah.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN RM4600 2026

Bagi yang telah memohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh menyemak status kelayakan sebagai pemohon mengikut panduan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan pemohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah & Bantuan Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment