BANTUAN TAMBAHAN MYKASIH 2026 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM2400 & RM1200 & RM600)
Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan menerima bayaran bulanan secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan) sebagai bantuan tambahan untuk memenuhi barang keperluan asas hidup.
Bagaimanakah cek status bantuan tambahan mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN STR 2026 : SEMAK KELAYAKAN PEMOHON YANG LAYAK TERIMA BAYARAN SEMASA FASA 1
BANTUAN TAMBAHAN MYKASIH 2026
MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan secara tanpa tunai melalui bantuan barangan asas yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui kerjasama MyKasih Foundation.
Bantuan ini dijadikan sebagai bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana semua penerima STR bakal menerima bantuan ini secara automatik.
PROGRAM MYKASIH 2026
Bantuan Tambahan MyKasih dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Mykasih |
| Tempoh Bantuan | 12 Bulan |
| Tarikh Program Bermula | Januari 2026 |
| Tarikh Program Berakhir | Disember 2026 |
| Cara Bayaran | Secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
| Manfaat | Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai runcit berdaftar |
| Contoh Barangan | Makanan minuman, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN MYKASIH 2026
Syarat Kelayakan MyKasih (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
AMAUN BANTUAN TAMBAHAN MYKASIH 2026
Jumlah Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, akan disalurkan seperti berikut :
- SARA EKASIH (Penerima STR dan eKasih)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan | RM2,400 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan | RM1,800 |
| Bujang | RM100 Sebulan | RM1,200 |
- SARA STR (Bukan eKasih)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 Sebulan | RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 Sebulan | RM600 |
| Bujang | RM50 Sebulan | RM600 |
CHECK STATUS KELAYAKAN TAMBAHAN MYKASIH 2026
Status Kelayakan Penerima MyKasih (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]