BORANG REGISTER MYKASIH 2026 (RM600 & RM1200 & RM2400 BANTUAN SARA)

BORANG REGISTER MYKASIH 2026 (RM600 & RM1200 & RM2400 BANTUAN SARA)

Berdasarkan penerimaan Bantuan MyKasih pada tahun 2023 hingga 2025, telah mendapat sambutan daripada semua 5.4 juta penerima. Oleh itu, kerajaan akan meningkatkan jumlah penerima untuk tahun 2026 supaya lebih ramai rakyat dapat menikmati Bantuan MyKasih.

Bagaimanakah cara isi borang register MyKasih? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH DUIT BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026 : CHECK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DAPAT OLEH PEMOHON YANG LAYAK FASA 1

NILAI BAYARAN MYKASIH 2026

Setiap penerima akan menikmati nilai Bantuan MyKasih yang sepadan dengan kelayakan yang ditetapkan bermula RM50 hingga RM200 setiap bulan seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMANILAI BAYARAN MYKASIH
Isi Rumah
(Register eKasih)
RM200 setiap bulan
= RM2,400 setahun
Isi Rumah
(Bukan eKasih)
RM100 setiap bulan
= RM1,200 setahun
Warga Emas
(Register eKasih)
RM150 setiap bulan
= RM1,800 setahun
Warga Emas
(Bukan eKasih)
RM50 setiap bulan
= RM600 setahun
Bujang
(Register eKasih)
RM100 setiap bulan
= RM1,200 setahun
Bujang
(Bukan eKasih)
RM50 setiap bulan
= RM600 setahun

HARI BAYARAN MYKASIH 2026

Bantuan MyKasih bukanlah dibayar serentak sekaligus pada hari yang sama. Namun, kerajaan akan melaksanakan bayaran Bantuan MyKasih pada hari-hari yang tertentu mengikut jangkaan seperti jadual berikut :

TARIKH BAYARANJANGKAAN HARI
15 Januari 2026Khamis
1 Februari 2026Ahad
1 Mac 2026Ahad
1 April 2026Rabu
1 Mei 2026Jumaat
1 Jun 2026Isnin
1 Julai 2026Rabu
1 Ogos 2026Sabtu
1 September 2026Selasa
1 Oktober 2026Khamis
1 November 2026Ahad
1 Disember 2026Selasa

SYARAT LAYAK REGISTER MYKASIH 2026

Terdapat dua (2) kelayakan penerima Bantuan MyKasih untuk tahun 2026 seperti berikut :

  • Kelayakan Penerima MyKasih Status Miskin & Miskin Tegar :
SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
KategoriIsi Rumah
Warga Emas
Bujang
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis
Kemiskinan (PGK)
semasa
Status eKasihRegister & tersenarai
dalam rekod data
eKasih
Status STRLulus permohonan
STR 2026
  • Kelayakan Penerima MyKasih Status Asas Bukan Miskin :
SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
KategoriIsi Rumah
Warga Emas
Bujang
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500
hingga RM5,000
Status eKasihTidak tersenarai
dalam rekod data
eKasih
Status STRLulus permohonan
STR 2026

BORANG REGISTER MYKASIH 2026

Untuk mendapatkan Bantuan MyKasih, anda perlu memohon STR dan boleh dapatkan borang dengan memuat turun borang di bawah dan isi secara manual, seterusnya hantar kepada pihak LHDN yang terdekat.

📥 https://bantuantunai.hasil.gov.my/Borang/BK01%20(Borang%20Permohonan%20STR%202025).pdf

CARA ISI BORANG REGISTER MYKASIH

Bagi yang berpendapatan bawah garis kemiskinan pula, boleh register eKasih secara online melalui panduan lengkap cara register berikut :

  1. Sila klik pada pautan laman web rasmi di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Pada halaman tersebut, layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Untuk Didaftarkan Ke Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti dan kenalpasti syarat kelayakan anda.
  5. Seterusnya, hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
  7. Hubungi talian Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  8. Selesai.

CARA MOHON MYKASIH 2026

Berikut adalah cara register permohonan STR untuk dapatkan Bantuan MyKasih secara online :

  1. Sila klik pada pautan laman web STR rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, terus klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Untuk teruskan permohonan tanpa guna MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  5. Kemudian, sila klik pada butang [Semak].
  6. Maklumat diri akan dipaparkan secara automatik seperti ‘Nama Penuh’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’.
    • Ianya dipaparkan berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN terdekat.
  7. Pilih status perkahwinan anda :
    • Bujang – bagi yang belum berkahwin.
    • Kahwin – bagi yang mempunyai pasangan.
      • Bagi yang berkahwin, sila isi [Tarikh Nikah] dan muat naik [Sijil Nikah].
    • Balu – bagi yang kematian pasangan.
      • Bagi yang kematian pasangan, sila isi [Tarikh Kematian] dan muat naik [Sijil Kematian].
    • Duda / Janda – bagi yang bercerai.
      • Bagi yang bercerai, sila isi [Tarikh Penceraian] dan muat naik [Surat Cerai].
  8. Masukkan maklumat akaun bank anda yang masih aktif untuk penerimaan bantuan.
    • Pastikan nombor akaun yang betul dan atas nama sendiri.
  9. Seterusnya, klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman berikutnya.
  10. Lengkapkan [Maklumat Pasangan] bagi yang mempunyai pasangan.
  11. Masukkan [Maklumat Anak] yang mempunyai anak kandung / anak angkat.
  12. Lengkapkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan dengan anda.
  13. Bagi pengesahan, anda perlu mengisi [Kod Captcha] mengikut nilai yang diberikan.
  14. Kemudian, klik butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
  15. Jika permohonan telah berjaya dihantar, anda akan dipaparkan dengan :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
  16. Selesai.

PERINCIAN LANJUT MYKASIH

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment