SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN 2026 : CHECK SEKARANG
Bantuan bulanan melalui barangan keperluan asas MyKasih dilanjutkan untuk sesi 2026. Penerima baharu dan penerima sedia ada boleh membuat semakan untuk mengetahui sama ada layak atau tidak untuk terus menerima bantuan MyKasih sesi 2026.
Bagaimanakah semakan bantuan mykasih rm100 sebulan 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN MYKASIH RM200 2026 : CHECK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BANTUAN
BANTUAN MYKASIH 2026
Bantuan MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah inisiatif bantuan kerajaan dengan kerjasama MyKasih Foundation dalam bentuk bantuan secara tanpa tunai melalui barangan keperluan asas MyKasih untuk memenuhi keperluan asas harian penerima.
Program Bantuan MyKasih (SARA) dilaksanakan seperti berikut :
- Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
- Bantuan dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk setiap bulan bagi tempoh 12 bulan;
- Kredit bantuan boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih/SARA, di kedai berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2026
Syarat Kelayakan MyKasih (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN BANTUAN MYKASIH
Kadar kelayakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 (RM200 Sebulan) | RM1,200 (RM100 Sebulan) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 (RM150 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
| Bujang | RM1,200 (RM100 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN
Kredit MyKasih (SARA) 2026 akan disalurkan setiap bulan dalam tempoh 12 bulan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut :
- Januari 2026
- Februari 2026
- Mac 2026
- April 2026
- Mei 2026
- Jun 2026
- Julai 2026
- Ogos 2026
- September 2026
- Oktober 2026
- November 2026
- Disember 2026
Tarikh pembayaran belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN
Status Kelayakan Penerima MyKasih (SARA) boleh di semak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]