SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SARA TERAKHIR 2025 : SEMAK KELAYAKAN MEREKA YANG LAYAK TERIMA PEMBAYARAN AKHIR
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 telah memasuki bulan terakhir pembayaran, dan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak dengan kadar bayaran mengikut kelayakan masing-masing.
Bagaimanakah semakan bayaran bantuan sara terakhir 2025? Ikuti Info lanjut disini.
KADAR BAYARAN BANTUAN SARA TERAKHIR 2025
Amaun Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Disember 2025 yang dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA TERAKHIR 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dilaksanakan seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN SARA TERAKHIR 2025 | TARIKH AKHIR GUNA/ LUPUT BAYARAN |
|---|---|
| 1 Disember 2025 (Isnin) | 31 Disember 2025 (Disember) |
Baki atau kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad (Kad Pengenalan) yang tidak digunakan sebelum tarikh tamat program tidak lagi akan di bawa ke bulan hadapan dan akan luput secara automatik
SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN SARA TERAKHIR 2025
Baki kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 boleh disemak secara online dengan kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA KREDIT BANTUAN SARA 2025
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang diluluskan.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN BOLEH GUNA BAYARAN SARA
Berikut merupakan antara kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit Bantuan SARA :
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]