BILAKAH TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS ANDA AKAN DAPAT ATAU TIDAK PEMBAYARAN TERAKHIR
Pelaksanaan bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk Fasa Disember secara rasminya telah dimulakan untuk membantu penerima-penerima membuat persiapan bekalan musim hujan ini.
Bilakah tarikh bayaran duit Bantuan SARA Fasa Disember? Semak maklumat bayaran lanjut di bawah.
BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH PEMBAYARAN YANG DITERIMA JIKA LAYAK FASA 1
BILAKAH TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025
Tarikh bayaran duit Bantuan SARA untuk Fasa Disember telah diumumkan secara rasmi dan semua penerima yang layak telah menerima bayaran pada tarikh yang sama seperti berikut :
- Bermula 1 Disember 2025 (Isnin).
BERAPAKAH NILAI BAYARAN DUIT BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025
Nilai Bantuan SARA yang dibayar untuk Fasa Disember adalah mengikut kelayakan setiap penerima seperti berikut :
- Isi Rumah :
- Kelayakan Miskin akan terima sebanyak RM200.
- Kelayakan Bukan Miskin akan terima sebanyak RM100.
- Warga Emas :
- Kelayakan Miskin akan terima sebanyak RM150.
- Kelayakan Bukan Miskin akan terima sebanyak RM50.
- Bujang :
- Kelayakan Miskin akan terima sebanyak RM50.
- Kelayakan Bukan Miskin untuk bujang tiada.
BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN DUIT BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025
Cara bayaran duit Bantuan SARA untuk Fasa Disember adalah sama seperti Fasa-fasa yang lain iaitu dibayar secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan penerima yang boleh digunakan untuk beli barang-barang keperluan asas.
BAGAIMANAKAH CARA SEMAK STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA 2025
Ikuti cara semak status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan SARA secara online seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT BANTUAN SARA
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]