BORANG PERMOHONAN MYKASIH 2026 (RM2400 & RM1200 & RM600 BANTUAN SARA)
Bantuan MyKasih diteruskan lagi untuk tahun 2026 dengan peningkatan peruntukan dan pertambahan bilangan penerima baharu. Pendekatan ini adalah untuk membantu rakyat seramai yang boleh agar kos sara hidup dapat ditampung.
Bagaimanakah cara isi borang permohonan MyKasih? Sila baca info penuh di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN IC 1200 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA MOHON
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2026
Bantuan MyKasih kepada penerima status ‘Miskin & Miskin Tegar’ :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN MYKASIH |
|---|---|
| Bujang | RM100 x 12 bulan = RM1,200 setahun |
| Berkeluarga | RM200 x 12 bulan = RM2,400 setahun |
| Warga Emas | RM150 x 12 bulan = RM1,800 setahun |
Bantuan MyKasih kepada penerima status ‘Asas Bukan Miskin’ :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN MYKASIH |
|---|---|
| Bujang | RM50 x 12 bulan = RM600 setahun |
| Berkeluarga | RM100 x 12 bulan = RM1,200 setahun |
| Warga Emas | RM50 x 12 bulan = RM600 setahun |
SYARAT PEMOHON MYKASIH 2026
Kelayakan pemohon berstatus ‘Miskin & Miskin Tegar’ :
- Warganegara :
- Malaysia.
- Umur & Status Perkahwinan :
- Bujang : 21 – 59 tahun (belum berkahwin / balu / duda / janda tiada anak).
- Berkeluarga : Tiada had umur (berkahwin / ibu bapa tunggal ada anak).
- Warga Emas : 60 tahun dan ke atas (tiada pasangan / balu / duda / janda).
- Kadar Pendapatan :
- Pendapatan Bawah Garis Kemiskin (PGK) purata miskin semasa dan tersenarai dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2025.
- Status STR :
- Lulus permohonan STR 2026.
Kelayakan pemohon berstatus ‘Asas Bukan Miskin’ :
- Warganegara :
- Malaysia.
- Umur & Status Perkahwinan :
- Bujang : 21 – 59 tahun (belum berkahwin / balu / duda / janda tiada anak).
- Berkeluarga : Tiada had umur (berkahwin / ibu bapa tunggal ada anak).
- Warga Emas : 60 tahun dan ke atas (tiada pasangan / balu / duda / janda).
- Kadar Pendapatan :
- Bawah RM2,500 atau sehingga RM5,000 sebulan (B40 dan M40).
- Status STR :
- Lulus Permohonan STR 2026.
BORANG PERMOHONAN MYKASIH 2026
Untuk mendapatkan Bantuan MyKasih, anda perlu kemukakan permohonan STR sahaja dan ianya boleh dikemukakan secara manual dengan memuat turun borang permohonan, isi borang tersebut dan hantar kepada LHDN terdekat.
- 📝 Muat Turun Borang Permohonan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Borang/BK-01%20(Borang%20Permohonan%20STR%202025).pdf.
CARA ISI PERMOHONAN MYKASIH ONLINE
Selain kemukakan permohonan secara manual di kaunter LHDN, anda juga boleh kemukakan permohonan STR untuk mendapatkan Bantuan MyKasih secara online mengikut panduan lengkap di bawah :
- Sila klik pada pautan laman web STR rasmi di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, terus klik butang [Permohonan Baharu].
- Untuk teruskan permohonan tanpa guna MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, sila klik pada butang [Semak].
- Maklumat diri akan dipaparkan secara automatik seperti ‘Nama Penuh’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’.
- Ianya dipaparkan berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN terdekat.
- Pilih status perkahwinan anda :
- Bujang – bagi yang belum berkahwin.
- Kahwin – bagi yang mempunyai pasangan.
- Bagi yang berkahwin, sila isi [Tarikh Nikah] dan muat naik [Sijil Nikah].
- Balu – bagi yang kematian pasangan.
- Bagi yang kematian pasangan, sila isi [Tarikh Kematian] dan muat naik [Sijil Kematian].
- Duda / Janda – bagi yang bercerai.
- Bagi yang bercerai, sila isi [Tarikh Penceraian] dan muat naik [Surat Cerai].
- Masukkan maklumat akaun bank anda yang masih aktif untuk penerimaan bantuan.
- *Pastikan nombor akaun yang betul dan atas nama sendiri.
- Seterusnya, klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman berikutnya.
- Lengkapkan [Maklumat Pasangan] bagi yang mempunyai pasangan.
- Masukkan [Maklumat Anak] yang mempunyai anak kandung / anak angkat.
- Lengkapkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan dengan anda.
- Bagi pengesahan, anda perlu mengisi [Kod Captcha] mengikut nilai yang diberikan.
- Kemudian, klik butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
- Jika permohonan telah berjaya dihantar, anda akan dipaparkan dengan :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
- Selesai.
CARA DAFTAR MYKASIH 2026
Bagi yang berpendapatan bawah garis kemiskinan (PGK) purata semasa, anda boleh mendaftar eKasih untuk mendapatkan Bantuan MyKasih dengan kadar yang tertinggi. Ikuti cara daftar online seperti berikut :
- Sila klik pada pautan laman web rasmi di sini :https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Pada halaman tersebut, layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Untuk Didaftarkan Ke Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti dan kenalpasti syarat kelayakan anda.
- Seterusnya, hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
- Hubungi talian Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT MYKASIH
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]