SEMAK BANTUAN RM2400 DALAM MYKAD 2026 : CHECK STATUS ANDA SEKARANG

SEMAK BANTUAN RM2400 DALAM MYKAD 2026 : CHECK STATUS ANDA SEKARANG

Oleh kerana penerimaan Bantuan Dalam MyKad untuk tahun 2025 mendapat sambutan kerana dapat meringankan bebanan 5.4 juta rakyat, Kerajaan akan meneruskan pemberian untuk tahun 2026 dan meluaskan kepada seramai 9 juta rakyat pula.

Bagaimanakah semak Bantuan RM2400 dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN DUIT SARA DALAM MYKAD FASA DISEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT PEMBAYARAN

PROSES PENERIMAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Bantuan bukan hanya dikreditkan dalam MyKad begitu sahaja. Namun perlu melalui proses-proses penerimaan seperti berikut :

  1. Pemohon memohon STR dan mendaftar eKasih.
  2. Status Permohonan STR diluluskan dan pendaftaran eKasih disahkan.
  3. Kerajaan menetapkan tarikh bayaran.
  4. Bantuan akan dikreditkan dalam MyKad.
  5. Penerima boleh terus menggunakan MyKad untuk beli barang.

JADUAL PENERIMAAN BANTUAN RM2400 DALAM MYKAD

Kerajaan akan mengkreditan Bantuan sebanyak RM2,400 secara ansur setiap bulan dengan jumlah sebanyak RM200 sebulan mengikut jadual berikut :

TARIKH PENERIMAANJUMLAH BANTUAN
15/01/2026RM200
01/02/2026RM200
01/03/2026RM200
01/04/2026RM200
01/05/2026RM200
01/06/2026RM200
01/07/2026RM200
01/08/2026RM200
01/09/2026RM200
01/10/2026RM200
01/11/2026RM200
01/12/2026RM200

CARA GUNA BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Bagi penerima sedia ada pastinya telah faham cara menggunakan Bantuan dalam MyKad. Bagi penerima baharu, sila ikuti cara guna yang mudah seperti di bawah :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

KRITERIA PENERIMA BANTUAN RM2400 DALAM MYKAD 2026

Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Bantuan sebanyak RM2,400 dalam MyKad :

KRITERIAKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Status PerkahwinanBerkahwin ada / tiada anak
atau
Ibu / bapa tunggal ada anak
Kadar PendapatanPendapatan Bawah Garis
Kemiskinan (PGK) semasa
Data eKasihBerdaftar & tersenarai dalam
rekod data eKasih sebagai
penerima Miskin & Miskin Tegar
Status Permohonan
STR
Lulus

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN RM2400 DALAM MYKAD 2026

Bagi yang ingin mengetahui sama ada layak atau tidak terima Bantuan Dalam MyKad untuk tahun 2026, ikuti cara semakan status yang lengkap di bawah :

  1. Sila klik terus pada pautan laman web rasmi di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  4. Kemudian, klik butang [Semak].
  5. Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
  6. Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
  7. Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  10. Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima Bantuan STR dan Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
  12. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment