SEMAKAN BANTUAN BANJIR RM1000 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN
Malaysia kini memasuki musim tengkujuh di mana keadaan cuaca menjadi tidak menentu sehingga mengakibatkan banjir untuk beberapa kawasan. Oleh itu, bantuan khas disediakan untuk membantu mangsa yang terkesan akibat bencana banjir bagi meringankan beban yang dihadapi sepanjang musim ini.
Bagaimanakah semakan bantuan banjir rm1000? Ikuti maklumat lanjut di sini.
Baca juga: EKASIH SEMAKAN RM200 2026 : SILA SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BANTUAN
APA ITU BANTUAN BANJIR RM1000
Bantuan banjir RM1000 ialah inisiatif Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mereka yang terkesan seperti bencana banjir untuk meringankan beban kewangan mangsa dan membantu mangsa memulakan semula kehidupan selepas mengalami kerosakan akibat bencana tersebut.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BANJIR RM1000
Syarat kelayakan penerima Bantuan Banjir RM1000 mengikut garis panduan JKM adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Ketua Isi Rumah (KIR);
- Mangsa bencana banjir;
- Menetap atau menumpang di rumah persendirian ketika banjir berlaku; atau
- Berpindah ke PPS di bawah seliaan JKM;
- Had Bantuan : Bantuan hanya diberikan untuk satu (1) rumah tanpa mengira jumlah ahli di dalam rumah.
SEMAKAN AMAUN BANTUAN BANJIR
Jumlah bantuan banjir yang akan disalurkan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang kediaman yang diduduki disahkan terjejas adalah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | JUMLAH BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Rumah kediaman yang terjejas atau berlaku kerosakan akibat bencana banjir | RM1,000 |
| Berlaku kematian disebabkan bencana banjir | RM10,000 |
KAEDAH BAYARAN
Bantuan Banjir akan disalurkan kepada mangsa yang terkesan melalui dua kaedah berikut :
- Secara pindahan wang elektronik (ETF) kepada penerima melalui akaun bank yang didaftarkan melalui MyIBJKM;
- Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mereka yang tidak mempunyai akaun bank antuan boleh diambil.
PERMOHONAN BANTUAN BANJIR RM1000
Bantuan Banjir RM1,000 boleh di mohon oleh mangsa yang terjejas akibat bencana banjir melalui kaedah seperti berikut :
- Secara Fizikal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS); atau
- Secara Online di Aplikasi MyIBJKM.
Cara daftar di di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) :
- Ketua Isi Rumah (KIR) hadir ke PPS terdekat ketika banjir;
- Daftarkan KIR & bilangan ahli keluarga dengan petugas JKM;
- Buat permohonan bantuan banjir.
Cara Mohon Bantuan di Aplikasi MyIBJKM :
- Muat turun aplikasi MyIBJKM dalam telefon bimbit anda di :
- Google Play (Android);
- App Store (iOS);
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi MyIBJKM.
- Jika sudah ada akaun, log masuk dengan IC & kata laluan.
- Jika belum ada akaun, tekan Pendaftaran.
- Kemudian Lengkap Maklumat yang di minta seperti :
- Nombor Kad Pengenalan;
- Kata laluan;
- Sahkan kata laluan;
- Tandakan Perakuan;
- Masukkan alamat e-mel yang sah;
- Nombor telefon aktif;
- Alamat surat menyurat semasa;
- Setelah selesai pendaftaran, log masuk semula Aplikasi MyIBJKM.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Kemudian, Pilih PPS terdekat.
- Sahkan kehadiran dengan petugas JKM.
- Pejabat Daerah akan membuat pengesahan.
- Pejabat SUK Negeri akan memproses perakuan.
- Bantuan akan disalurkan kepada KIR yang layak.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN
Berikut merupakan salinan dokumen yang perlu disediakan semasa permohonan secara Fizikal :
- Borang permohonan bantuan NADMA yang telah lengkap diisi.
- Sediakan salinan dokumen wajib seperti Kad Pengenalan;
- Dapatkan pengesahan (cop) ketua kampung / penghulu (jika diperlukan);
Hantar borang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dan Pegawai JKM akan membuat semakan serta lawatan penilaian.
Borang permohonan bantuan Banjir NADMA boleh di muat turun di :
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Banjir NADMA, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan JKM: 03 – 8000 8000
- Talian WhatsApp JKM : 019-26159999
- Talian Kasih JKM : 15999 – (Waktu Operasi 24 Jam)
- e-Mel : [email protected]
- Portal Bencana JKM : https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/