PENDAFTARAN BANTUAN MYKAD MADANI 2026 (MOHON ONLINE SEKARANG)

PENDAFTARAN BANTUAN MYKAD MADANI 2026 (MOHON ONLINE SEKARANG)

Rakyat Warganegara Malaysia wajib mempunyai MyKad sebagai kad pengenalan diri. Namun, MyKad rakyat Malaysia dicipta agak unik kerana boleh menerima bantuan dan boleh guna untuk beli barang secara tanpa tunai (cashless) dengan hanya memasukkan MyKad dalam mesin bayaran sahaja.

Bagaimanakah cara pendaftaran Bantuan MyKad Madani? Rujuk panduan pendaftaran online di bawah.

BACA JUGA : STR TAMBAHAN 2026 : CARA DAFTAR BANTUAN TAMBAHAN RM100, RM50, RM200

MANFAAT BANTUAN MYKAD MADANI

Daripada penerimaan Bantuan MyKad Madani, penerima dapat pelbagai manfaat, antaranya ialah :

  • Dapat digunakan untuk beli barang keperluan asas.
  • Selamat digunakan kerana hanya pemegang MyKad sahaja boleh guna.
  • Bantuan dikreditkan dalam Mykad setiap bulan tepat pada tarikh yang ditetapkan.
  • Baki yang tidak habis digunakan dalam MyKad akan dibawa ke bulan berikutnya.

PROSES PENERIMAAN BANTUAN MYKAD MADANI

Penerimaan Bantuan MyKad Madani bukanlah secara terus. Namun perlu melalui kitaran proses yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :

  • Kemukakan permohonan -> Disahkan lulus -> Akaun MyKad dibuka berdasarkan nombor MyKad pemohon -> Bantuan dikreditkan dalam MyKad -> Penerima buat pembelian guna MyKad.

KADAR KREDIT BANTUAN MYKAD MADANI 2026

Setelah diluluskan, Bantuan MyKad Madani akan dikreditkan dengan kadar sebanyak berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR KREDIT
BULANAN
KADAR KREDIT
PENUH
Bujang MiskinRM100 sebulanRM1,200 setahun
Bujang AsasRM50 sebulanRM600 setahun
Isi Rumah MiskinRM200 sebulanRM2,400 setahun
Isi Rumah AsasRM100 sebulanRM1,200 setahun
Warga Emas MiskinRM150 sebulanRM1,800 setahun
Warga Emas AsasRM50 sebulanRM600 setahun

PENDAFTARAN BANTUAN MYKAD MADANI 2026

Individu dengan pendapatan bawah garis kemiskinan yang belum mendaftar eKasih untuk mendapatkan Bantuan MyKad Madani dengan kadar kredit yang tinggi, sila ikuti cara pendaftaran yang lengkap di bawah :

  1. Sila klik pada pautan laman web eKasih rasmi di sini :https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Pada halaman tersebut, layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Untuk Didaftarkan Ke Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti dan kenalpasti syarat kelayakan anda.
  5. Seterusnya, hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
  7. Hubungi talian Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  8. Selesai.

PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI 2026

Namun, dengan mendaftar eKasih sahaja tidak cukup kerana Bantuan MyKad MADANI akan diberikan kepada yang berjaya lulus dalam permohonan STR. Sila ikuti cara permohonan yang lengkap di bawah :

  1. Sila klik pada pautan laman web STR rasmi di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, terus klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Untuk teruskan permohonan tanpa guna MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  5. Kemudian, sila klik pada butang [Semak].
  6. Maklumat diri akan dipaparkan secara automatik seperti ‘Nama Penuh’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’.
    • Ianya dipaparkan berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN terdekat.
  7. Pilih status perkahwinan anda :
    • Bujang – bagi yang belum berkahwin.
    • Kahwin – bagi yang mempunyai pasangan.
      • Bagi yang berkahwin, sila isi [Tarikh Nikah] dan muat naik [Sijil Nikah].
    • Balu – bagi yang kematian pasangan.
      • Bagi yang kematian pasangan, sila isi [Tarikh Kematian] dan muat naik [Sijil Kematian].
    • Duda / Janda – bagi yang bercerai.
      • Bagi yang bercerai, sila isi [Tarikh Penceraian] dan muat naik [Surat Cerai].
  8. Masukkan maklumat akaun bank anda yang masih aktif untuk penerimaan bantuan.
    • *Pastikan nombor akaun yang betul dan atas nama sendiri.
  9. Seterusnya, klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman berikutnya.
  10. Lengkapkan [Maklumat Pasangan] bagi yang mempunyai pasangan.
  11. Masukkan [Maklumat Anak] yang mempunyai anak kandung / anak angkat.
  12. Lengkapkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan dengan anda.
  13. Bagi pengesahan, anda perlu mengisi [Kod Captcha] mengikut nilai yang diberikan.
  14. Kemudian, klik butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
  15. Jika permohonan telah berjaya dihantar, anda akan dipaparkan dengan :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
  16. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment