CHECK STR TAMBAHAN 2026 : CEK STATUS KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA TAMBAHAN BARU

CHECK STR TAMBAHAN 2026 : CEK STATUS KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA TAMBAHAN BARU

Selain Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), penerima yang berjaya memohon serta disahkan status ‘Layak’ akan turut sama terima bayaran Bantuan Tambahan dengan kadar yang berbeza mengikut status kelayakan masing-masing.

Bagi tahun 2026, kerajaan meneruskan agihan Bantuan Tambahan atau dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu golongan berpendapatan rendah mengatasi kos sara hidup.

Bagaimanakah cara check status STR Tambahan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN IBU BERSALIN 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU STR TAMBAHAN?

STR Tambahan adalah bantuan kewangan ekstra yang diberikan khusus kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang melayakan diri. Bantuan ini diagihkan dalam bentuk elaun barangan asas (SARA) yang dikreditkan secara bulanan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima bagi pembelian barangan dapur dan keperluan asas.

SYARAT KELAYAKAN STR TAMBAHAN

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima STR Tambahan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Kategori : Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.
  • Kadar Pendapatan :
    • Bawah RM2,500 hingga RM5,000 sebulan (penerima STR biasa).
    • Bawah Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin (penerima STR eKasih).
  • Lulus permohonan STR bagi tahun 2026.

KADAR AGIHAN STR TAMBAHAN 2026

Kadar Bantuan STR Tambahan diagihkan berdasarkan kategori penerima STR seperti berikut :

  • Isi Rumah STR Daftar eKasih :
BIL.
TANGGUNGAN
KADAR STR 2025KADAR TAMBAHAN
TiadaRM700RM2,400
1 – 2 orangRM1,200RM2,400
3 – 4 orangRM1,700RM2,400
>5 orangRM2,200RM2,400
  • Isi Rumah STR Bukan eKasih :
BIL.
TANGGUNGAN
KADAR STR B40KADAR STR M40KADAR TAMBAHAN
TiadaRM700RM200RM1,200
1 – 2 orangRM1,200RM450RM1,200
3 – 4 orangRM1,700RM700RM1,200
>5 orangRM2,200RM950RM1,200
  • Warga Emas STR Daftar eKasih :
BIL.
TANGGUNGAN
KADAR STRKADAR TAMBAHAN
TiadaRM600RM1,800
  • Warga Emas STR Bukan eKasih :
BIL.
TANGGUNGAN
KADAR STRKADAR TAMBAHAN
TiadaRM600RM600
  • Bujang STR Daftar eKasih :
BIL.
TANGGUNGAN
KADAR STRKADAR TAMBAHAN
Tiada–RM1,200
  • Bujang STR Bukan eKasih :
BIL.
TANGGUNGAN
KADAR STRKADAR TAMBAHAN
Tiada–RM600

CARA AGIHAN STR TAMBAHAN

Kerajaan menyediakan cara agihan Bantuan STR Tambahan yang mudah seperti berikut :

  • Agihan Bantuan STR :
    • Diagihkan secara ansur empat (4) fasa dengan bayaran tunai melalui akaun bank penerima dan melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan boleh digunakan untuk apa sahaja keperluan.
  • Agihan Bantuan Tambahan :
    • Diagihkan secara ansur setiap bulan dengan bayaran tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima dan perlu digunakan untuk beli barang keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, alatan persekolahan, keperluan bayi dan sebagainya.

CHECK STATUS STR TAMBAHAN 2026

Ikuti panduan lengkap cara check status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR Tambahan di bawah :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  4. Kemudian, klik butang [Semak].
  5. Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
  6. Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
  7. Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dashboard akan dipaparkan.
  10. Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status penerima STR dan SARA (Tambahan) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

1 thought on “CHECK STR TAMBAHAN 2026 : CEK STATUS KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA TAMBAHAN BARU”

Leave a Comment