BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA DISEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH
5.4 juta penerima dari kategori ‘Isi Rumah’, ‘Warga Emas’ dan ‘Bujang’ yang MyKad dipilih sebagai penerima Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) telahpun mula menerima duit bayaran untuk Fasa Disember dengan kadar bermula RM50 hingga RM200.
Bagaimanakah semakan bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad Fasa Disember? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN EKASIH RM200 (2026 BANTUAN SARA)
TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA DISEMBER 2025
Pembayaran duit Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk Fasa Disember telah mula dimasukkan dalam MyKad 5.4 juta penerima yang layak bermula pada tarikh berikut :
| FASA PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa Disember | 1 Disember 2025, Isnin |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025
Oleh kerana Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) telah mula dibayar untuk Fasa Disember, anda boleh menyemak status kelayakan dan status bayaran sama ada telah dikreditkan atau belum dalam MyKad anda.
Ikuti cara semakan status kelayakan penerima dan status bayaran Bantuan SARA dalam MyKad seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
Berikut adalah contoh paparan status kelayakan & status bayaran Bantuan SARA :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 15/1/2025 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/1/2025 |
| Baki (RM) | 200.00 |
CARA MANFAATKAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025
Duit Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang dikreditkan dalam MyKad perlu dimanfaatkan dengan membeli barang-barang keperluan asas seperti barang makanan asas, keperluan bayi, produk kebersihan, ubat-ubatan dan sebagainya.
Berikut adalah cara menggunakan Bantuan SARA dalam MyKad :
- Sila bawa MyKad bersama anda dan kunjungi premis yang berdaftar dengan SARA.
- Ambil barang-barang keperluan yang mempunyai label SARA MyKasih pada rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang menerima bayaran guna MyKad.
- Berikan MyKad kepada juruwang bertugas untuk pengesahan.
- Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih.
- Baki Bantuan SARA dalam MyKad anda akan dinyatakan oleh juruwang dan sekiranya pembelian melebihi baki yang ada, anda perlu bayar secara tunai.
- Bayaran akan disahkan menggunakan MyKad anda.
- Resit dan MyKad akan diberikan.
*Nota : Pembelian hendaklah tidak melebihi had kredit atau tidak melebihi daripada baki Bantuan SARA yang ada dalam MyKad.
HAD KREDIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA DISEMBER 2025
Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dikreditkan mengikut kelayakan penerima ‘Miskin & Miskin Tegar’ atau penerima ‘Asas Bukan Miskin’. Setiap penerima perlu mengetahui had kredit yang ada dalam MyKad supaya dapat digunakan dengan berhemah.
- Penerima Status Miskin & Miskin Tegar :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT FASA DISEMBER | HAD BANTUAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM2,100 |
| Warga Emas | RM150 | RM1650 |
| Bujang | RM50 | RM600 |
- Penerima Status Asas Bukan Miskin :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT FASA DISEMBER | HAD BANTUAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 | RM900 |
| Warga Emas | RM50 | RM450 |
| Bujang | – | – |
TEMPOH SAH GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025
Kerajaan telah menetapkan tempoh sah guna duit Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad penerima. Kegagalan menggunakan duit Bantuan SARA dalam MyKad sebelum tarikh akhir, duit tersebut akan ditarik dari MyKad dan tidak boleh digunakan lagi.
| KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH SAH GUNA BANTUAN SARA |
|---|---|
| Penerima Miskin & Miskin Tegar | 12 bulan : 15 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025 |
| Penerima Asas Bukan Miskin | 9 bulan : 1 April 2025 hingga 31 Disember 2025 |
INFO LANJUT SARA
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]