SEMAKAN BANTUAN 2400 DALAM MYKAD 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN BARU
Bantuan bulanan dalam MyKad bagi tempoh 12 bulan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan lagi bagi tahun 2026 di mana kelayakan penerima diperluaskan kepada semua penerima STR termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada pasangan.
Bagaimanakah semakan bantuan 2400 dalam mykad 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BILAKAH SEMAK STR 2026 : UNTUK LAYAK SEBAGAI PENERIMA BAYARAN FASA 1
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 2400 DALAM MYKAD
Syarat kelayakan penerima bantuan MyKad RM2400, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori Isi Rumah;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan
Catatan : Penerima STR 2026 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih akan menerima bantuan ini secara automatik, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
SEMAKAN BANTUAN 2400 DALAM MYKAD 2026
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
KADAR BULANAN BANTUAN 2400 DALAM MYKAD
Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 yang bakal disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima Kategori Isi Rumah (eKasih) seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BULANAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah (Lulus STR & eKasih) | RM2,400 | RM200 Sebulan |
JADUAL PELAKSANAAN BANTUAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
| TEMPOH BANTUAN | KAEDAH PELAKSANAAN |
|---|---|
| Januari 2026 sehingga Disember 2026 | Bantuan akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima setiap bulan bagi tempoh 12 bulan |
CARA TEBUS BANTUAN DALAM MYKAD
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan dalam MyKad untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan dengan cara seperti berikut:
- Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang diluluskan.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]