SEMAK BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA DISEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA PEMBAYARAN BANTUAN MYKASIH
Bayaran akhir Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 telah dikreditkan ke dalam IC penerima. Penerima dikehendaki menggunakan kredit bantuan dalam tempoh yang ditetapkan.
Bagaimanakah semak bayaran duit bantuan sara dalam ic fasa disember 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK TARIKH AKHIR PENGGUNAAN DUIT BANTUAN SARA 2025 : CHECK BILA TAMAT TEMPOH ANDA SEKARANG
SYARAT PENERIMA BANTUAN SARA DALAM IC
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
JUMLAH BAYARAN SARA DALAM IC DISEMBER 2025
Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Disember 2025 yang dikreditkan ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
Catatan : Kredit SARA mestilah digunakan sebelum tempoh program tamat pada 31 Disember 2025.
TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA DISEMBER 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Disember 2025 dilaksanakan seperti berikut :
| PROGRAM | TARIKH BAYARAN DISEMBER | TARIKH AKHIR GUNA/LUPUT BAYARAN |
|---|---|---|
| Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | 1 Disember 2025 (Isnin) | 31 Disember 2025 |
Catatan : Pembayaran akhir Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sesi 2025 telah dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima pada 1 Disember 2025 (Isnin).
Baki atau kredit bantuan yang tidak digunakan atau dibelanjakan oleh penerima sebelum tarikh akhir, tidak lagi akan di bawa ke bulan hadapan dan akan luput secara automatik.
SEMAK BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC DISEMBER 2025
Status dan kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
Cara semakan bayaran di Portal Rasmi SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]