BANTUAN SARA MYKASIH 2026 (REGISTER ONLINE SEKARANG)

BANTUAN SARA MYKASIH 2026 (REGISTER ONLINE SEKARANG)

Inisiatif Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) di bawah Program MyKasih bakal diteruskan lagi untuk tahun 2026. Inisiatif ini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia kerana ianya disalurkan secara tanpa tunai setiap bulan. Namun, Kerajaan bakal meluaskan pemberian kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Bagaimanakah cara register Bantuan SARA MyKasih secara online? Rujuk panduan lengkap dan baca info lanjut di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI 2026 (DAFTAR ONLINE SEKARANG

BANTUAN SARA MYKASIH 2026

Kerajaan akan memberikan Bantuan SARA MyKasih berdasarkan kelayakan setiap kategori penerima supaya rakyat dapat menerima bayaran selayaknya untuk menampung kos sara hidup diri dan keluarga.

Berikut adalah jumlah bayaran untuk tahun 2026 :

KATEGORI & KELAYAKAN
PENERIMA
JUMLAH BANTUAN
DIBAYAR
Isi Rumah Miskin
(Pendapatan bawah PGK)
RM2,400 setahun
Isi Rumah Asas
(Pendapatan bawah RM5,000)
RM1,200 setahun
Warga Emas Miskin
(Pendapatan bawah PGK)
RM1,800 setahun
Warga Emas Asas
(Pendapatan bawah RM5,000)
RM600 setahun
Bujang Miskin
(Pendapatan bawah PGK)
RM1,200 setahun
Bujang Asas
(Pendapatan bawah RM2,500)
RM600 setahun

SIAPA LAYAK BANTUAN SARA MYKASIH

Pihak Kerajaan Madani meletakkan syarat dan kriteria kelayakan penerima Bantuan SARA MyKasih seperti berikut :

  • Syarat & Kriteria Kelayakan Penerima Miskin :
  • Warganegara : Malaysia.
  • Status Perkahwinan & Had Umur :
    • Isi Rumah Berkahwin (ada / tiada anak) atau Ibu bapa tunggal (ada anak) – Tiada had umur.
    • Warga Emas Tiada Pasangan / Balu / Duda / Janda – 60 tahun & ke atas.
    • Bujang / Balu / Duda / Janda – 21 hingga 59 tahun.
  • Kadar Pendapatan :
    • Bawah Garis Kemiskinan Semasa (PGK) Purata Miskin 2026.
  • Status Miskin :
    • Daftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih sebagai penerima Miskin & Miskin Tegar.
  • Status STR :
    • Lulus permohonan STR bagi tahun 2026.
  • Syarat & Kriteria Kelayakan Penerima Asas :
  • Warganegara : Malaysia.
  • Status Perkahwinan & Had Umur :
    • Isi Rumah Berkahwin (ada / tiada anak) atau Ibu bapa tunggal (ada anak) – Tiada had umur.
    • Warga Emas Tiada Pasangan / Balu / Duda / Janda – 60 tahun & ke atas.
    • Bujang / Balu / Duda / Janda – 21 hingga 59 tahun.
  • Kadar Pendapatan :
    • Bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Status Miskin :
    • Tidak tersenarai dalam rekod data eKasih.
  • Status STR :
    • Lulus permohonan STR bagi tahun 2026.

REGISTER BANTUAN SARA MYKASIH ONLINE

Bagi mereka yang berpendapatan bawah garis kemiskinan (PGK) purata miskin, sila buat pendaftaran (register) dengan eKasih untuk mendapatkan bayaran Bantuan SARA MyKasih dengan jumlah yang banyak.

Ikuti cara register secara online di bawah :

  1. Sila klik pada pautan laman web rasmi di sini :https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Pada halaman tersebut, layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Untuk Didaftarkan Ke Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti dan kenalpasti syarat kelayakan anda.
  5. Seterusnya, hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
  7. Hubungi talian Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  8. Selesai.

MOHON BANTUAN SARA MYKASIH ONLINE

Untuk mendapatkan Bantuan SARA MyKasih, anda hanya perlu Lulus dalam permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Oleh itu, bagi yang belum memohon, sila mohon sekarang mengikut panduan di bawah :

  1. Sila klik pada pautan laman web rasmi di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, terus klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Untuk teruskan permohonan tanpa guna MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  5. Kemudian, sila klik pada butang [Semak].
  6. Maklumat diri akan dipaparkan secara automatik seperti ‘Nama Penuh’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’.
    • Ianya dipaparkan berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
      • Nota : Jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN terdekat.
  7. Isikan maklumat yang diperlukan dengan betul.
    • Ruangan yang bertanda (*) adalah mandatori untuk diisi.
  8. Pilih [Status Perkahwinan] anda seperti :
    • Bujang – bagi yang belum berkahwin.
    • Kahwin – bagi yang mempunyai pasangan.
    • Balu – bagi yang kematian pasangan.
    • Duda / Janda – bagi yang bercerai.
  9. Bagi yang berkahwin, sila isi [Tarikh Perkahwinan] dan muat naik [Sijil Nikah].
  10. Bagi yang kematian pasangan, sila isi [Tarikh Kematian] dan muat naik [Sijil Kematian].
  11. Bagi yang bercerai, sila isi [Tarikh Penceraian] dan muat naik [Surat Cerai].
  12. Masukkan maklumat akaun bank anda yang masih aktif untuk penerimaan bantuan.
    • Pastikan nombor akaun yang betul dan atas nama sendiri.
  13. Seterusnya, klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman berikutnya.
    • Jika anda mempunyai Pasangan, halaman berikutnya adalah [Maklumat Pasangan].
    • Jika tiada pasangan, halaman berikutnya adalah [Maklumat Waris].
  14. Lengkapkan [Maklumat Pasangan] dan masukkan nombor akaun pasangan untuk penerimaan bayaran STR.
  15. Kemudian, lengkapkan pula [Maklumat Waris] mengikut hubungan.
  16. Untuk mengesahkan permohonan, sila isi [Kod Captcha] berdasarkan nilai yang diberikan.
  17. Klik butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
  18. Setelah itu, anda akan dipaparkan dengan :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
  19. Selesai.

CARA PENERIMAAN BANTUAN SARA MYKASIH

Cara penerimaan bayaran Bantuan SARA MyKasih masih dikekalkan sama seperti tahun-tahun sebelum ini untuk memudahkan rakyat menerima dan menggunakan manfaat tersebut.

Berikut adalah cara penerimaan bagi tahun 2026 :

NEGERI PENERIMACARA PENERIMAAN
BAYARAN
Semenanjung MalaysiaPenerimaan secara ansur setiap bulan
melalui Kad Pengenalan (MyKad)
penerima khusus untuk beli barangan
keperluan asas secara
tanpa tunai
Sabah, Sarawak & W.P LabuanPenerimaan secara ansur setiap bulan
melalui Kad Pengenalan (MyKad)
penerima khusus untuk beli barangan
keperluan asas secara
tanpa tunai

JADUAL BANTUAN SARA MYKASIH DIBERIKAN

Tarikh pemberian Bantuan SARA MyKasih untuk tahun 2026 masih belum diumumkan. Namun, bantuan akan diberikan secara ansur setiap bulan dan secara one-off mengikut jadual berikut :

JENIS PENERIMAANTARIKH BAYARAN
DIBERIKAN
Setiap BulanJanuari 2026
Februari 2026
Mac 2026
April 2026
Mei 2026
Jun 2026
Julai 2026
Ogos 2026
September 2026
Oktober 2026
November 2026
Disember 2026
One-OffPertengahan Februari 2026

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment