SEMAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH (2026)

SEMAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH (2026)

Dimaklumkan bahawa bayaran Bantuan SYUKUR Sabah (Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) untuk tahun 2026 dibahagikan kepada Empat (4) Fasa yang mula dibayar bermula bulan Mac dan pada bulan-bulan berikutnya terus melalui akaun bank 140,000 ribu penerima yang layak.

Bagaimanakah semakan bayaran SYUKUR Sabah? Ikuti panduan dan sila baca info penuh di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD RM3600 2026 : MOHON & SEMAK KELAYAKAN ONLINE

APA ITU SYUKUR SABAH?

SYUKUR Sabah atau rasminya dikenali sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang diberikan kepada penduduk Sabah yang berpendapatan bawah garis kemiskinan (PGK) sama ada mereka lahir di Sabah atau bermastautin di Sabah.

Program ini bertujuan untuk pembasmian kemiskinan kerana Negeri Sabah terdapat lebih ramai penduduk yang berpendapatan bawah garis kemiskinan (PGK). Oleh itu, Kerajaan Negeri Sabah membayar bantuan secara “lump-sum” setiap tiga bulan (Fasa).

TUJUAN SYUKUR SABAH DIBERIKAN

Melalui pemberikan Bantuan SYUKUR Sabah, Kerajaan Negeri Sabah dapat :

  • Membantu meringankan beban kewangan rakyat khususnya untuk memenuhi keperluan asas.
  • Membantu rakyat Sabah supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.

JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH

Bantuan SYUKUR Sabah RM200 sebulan namun dibayar secara ‘lump-sum’ iaitu sekaligus tiga (3) bulan terus untuk setiap fasa dengan jumlah sebanyak berikut :

PERINGKAT FASABULANJUMLAH BAYARAN
Fasa 1Januari + Februari + MacRM600
Fasa 2April + Mei + JunRM600
Fasa 3Julai + Ogos + SeptemberRM600
Fasa 4Oktober + November + DisemberRM600

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH

Berdasarkan kenyataan rasmi, Bantuan SYUKUR Sabah untuk tahun 2026 mula dibayar kepada 140,000 ribu penerima yang layak seperti tarikh berikut :

FASA PELAKSANAANTARIKH BAYARAN
Fasa 1
(Januari – Mac)
11 Mac 2026
Fasa 2
(April – Jun)
21 Mei 2026
Fasa 3
(Julai – September)
Ogos 2026
Fasa 4
(Oktober – Disember)
November 2026

CARA TERIMA BAYARAN SYUKUR SABAH

Ada tiga (3) cara penerimaan bayaran Bantuan SYUKUR Sabah bagi memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan. Berikut adalah tiga (3) cara terima bayaran :

JENIS PENERIMACARA TERIMA BAYARAN
Ada akaun bankDikreditkan secara ‘IBG Fund Transfer
terus ke dalam akaun bank penerima
Tiada akaun bankDiberikan secara tunai di kaunter
mana-mana bank yang terlibat
Tiada akaun bankDikreditkan ke dalam akaun e-Wallet
YONO Superapp

SIAPA LAYAK TERIMA SYUKUR SABAH

Berikut adalah syarat serta kriteria kelayakan penerima Bantuan SYUKUR Sabah untuk tahun 2026 :

  • Kelayakan asas :
    • Warganegara Malaysia;
    • Pemegang Kad Pengenalan status ‘H’;
    • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
    • Berumur 18 tahun dan ke atas sebelum 31 Disember 2025.
  • Serta memenuhi salah satu kelayakan di bawah :
    • Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2025; atau
    • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  • Kategori Miskin :
    • Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja (seorang penerima); atau
  • Kategori Miskin Tegar :
    • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah (AIR) layak sebagai penerima; atau
    • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah (AIR) / anak di bawah tanggungan yang berumur 18 tahun dan ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima masih di bawah paras kemiskinan tegar walaupun telah menerima bantuan Program SYUKUR Sabah.

SEMAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 4

Para penerima disarankan untuk menyemak status bayaran melalui akaun bank berdaftar masing-masing atau boleh juga menyemak melalui laman web rasmi SYUKUR mengikut panduan di bawah :

  1. Sila layari pautan laman web rasmi SYUKUR di sini : https://syukur.sabah.gov.my/.
  2. Setelah anda layari pautan di atas, anda akan dipaparkan dengan ‘Selamat datang ke portal semakan kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026’.
  3. Baca pop-up tersebut dan klik butang [Teruskan].
  4. Masukkan [Nombor MyKad] tanpa sengkang – dan tanpa jarak.
    • Contoh : 820230113456.
  5. Kemudian, terus klik pada butang [Semak].
  6. Status kelayakan penerima dan status bayaran akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Artikel yang kami tulis ini adalah berkaitan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah atau SYUKUR Sabah yang kami rujuk berdasarkan sumber yang sahih daripada Portal PADANS. Namun, jika pihak tuan / puan mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak berwajib di talian di bawah :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://syukur.sabah.gov.my/.

Leave a Comment