SEMAK BANTUAN SENTUHAN KASIH FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA SYUKUR SABAH RM900
Terkini! Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah Fasa 4 telah mula dikreditkan kepada golongan miskin dan miskin tegar Sabah yang layak. Status Kelayakan Bayaran kini boleh di semak oleh penerima di Portal Rasmi Syukur Sabah.
Bagaimanakah semak bantuan sentuhan kasih fasa 4 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2026 : SEMAK STATUS SEGERA
PENGENALAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT
Bantuan Sentuhan Kasih atau Program Sentuhan Kasih Rakyat ialah Bantuan Kerajaan Negeri Sabah. Hampir 10,000 rakyat miskin dan miskin tegar Sabah layak menerima bantuan kewangan Kerajaan Negeri melalui program ini.
Program ini mula dilaksanakan pada awal tahun 2025 secara berfasa di mana kelayakan kepada penerima adalah berdasarkan data dalam Sistem eKasih dan PADANS (Pangkalan Data Miskin Negeri Sabah).
TARIKH & JUMLAH BANTUAN SENTUHAN KASIH FASA 4 2025
Bantuan Sabah kini memasuki Fasa 4 empat pembayaran dan akan dilaksanakan seperti berikut:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|---|
| Program Sentuhan Kasih Rakyat (Fasa 4) | 28 November 2025 (Jumaat) | RM900 |
Catatan : Kadar bantuan Fasa 4 adalah kadar bayaran untuk tiga (3) bulan serentak iaitu bulan Oktober sehingga Disember 2025.
KAEDAH BAYARAN SENTUHAN KASIH FASA 4 2025
Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah diagihkan melalui kaedah online bank di mana bantuan dikreditkan terus ke dalam bank akaun yang didaftarkan oleh penerima.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA
Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
Syarat Umum :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
Memenuhi salah satu syarat berikut :
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
Kategori Miskin :
- Ketua Isi Rumah sahaja (seorang penerima); atau
Kategori Miskin Tegar :
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak sebagai penerima; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah/anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima masih di bawah paras kemiskinan tegar walaupun telah menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat.
SEMAK BANTUAN SENTUHAN KASIH FASA 4 2025
Status Kelayakan Bantuan Sabah boleh disemak secara online seperti berikut:
- Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Kemudian, Tekan Butang [Semak].
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://syukur.sabah.gov.my/
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
MANFAAT PELAKSANAAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT
Pelaksanaan Bantuan Sabah adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
INFO LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]