SEMAK TARIKH AKHIR PENGGUNAAN DUIT BANTUAN SARA 2025 : CHECK BILA TAMAT TEMPOH ANDA SEKARANG
Dalam tempoh kurang dari sebulan, Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sesi 2025 akan tamat. Baki atau kredit bantuan dalam MyKad yang tidak dibelanjakan oleh penerima sebelum program tamat akan luput secara automatik.
Bagaimanakah semak tarikh akhir penggunaan duit bantuan sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK BANTUAN SENTUHAN KASIH FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA SYUKUR SABAH RM900
PENERIMA DUIT AKHIR BANTUAN SARA 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Disember 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
TARIKH AKHIR PENGGUNAAN DUIT BANTUAN SARA 2025
| PROGRAM SARA | TARIKH PELAKSANAAN | TARIKH LUPUT/AKHIR GUNA |
|---|---|---|
| SARA EKASIH (STR & EKASIH) | 15 Januari 2025 | 31 Disember 2025 |
| SARA BUKAN EKASIH (STR SAHAJA) | 1 April 2025 | 31 Disember 2025 |
| SARA ONE-OFF (RAKYAT DEWASA MALAYSIA) | 31 Ogos 2025 | 31 Disember 2025 |
Catatan : Pembayaran akhir Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sesi 2025 telah dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima pada 1 Disember 2025 (Isnin).
Bulan Disember juga merupakan bulan terakhir untuk penerima menggunakan baki atau kredit SARA yang masih ada sebelum ia luput secara automatik.
SEMAK BAKI AKHIR DUIT BANTUAN SARA 2025
Baki kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 boleh disemak secara online dengan kaedah seperti berikut :
- Portal Rasmi SARA; dan
- Aplikasi MyKasih
Cara semakan baki kredit SARA di Portal Rasmi SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara semakan baki kredit SARA di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR DUIT BANTUAN SARA 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Disember 2025 yang dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
Catatan : Kredit SARA mestilah digunakan sebelum tempoh program tamat pada 31 Disember 2025.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]