BANTUAN SARA HIDUP RM1800 2026 : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON
Ikhtiar kerajaan bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah dengan memberikan Bantuan Sara Hidup setiap bulan sepanjang tahun 2026 dengan kadar yang sepadan kelayakan penerima.
Bagaimanakah semak kelayakan & cara mohon Bantuan Sara Hidup RM1800? Ikuti panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN TAMBAHAN RM600 BUJANG 2026 : PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN
KADAR BANTUAN SARA HIDUP 2026
- Kategori Bujang :
| BUJANG (PENDAPATAN BAWAH PGK) | BUJANG (PENDAPATAN BAWAH RM2,500) |
|---|---|
| RM1,200 setahun (RM100 x 12 bulan) | RM600 setahun (RM50 x 12 bulan) |
- Kategori Warga Emas :
| WARGA EMAS (PENDAPATAN BAWAH PGK) | WARGA EMAS (PENDAPATAN BAWAH RM5,000) |
|---|---|
| RM1,800 setahun (RM150 x 12 bulan) | RM600 setahun (RM50 x 12 bulan) |
- Kategori Isi Rumah :
| ISI RUMAH (PENDAPATAN BAWAH PGK) | ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 – RM5,000) |
|---|---|
| RM2,400 setahun (RM200 x 12 bulan) | RM1,200 setahun (RM100 x 12 bulan) |
SIAPA LAYAK BANTUAN SARA HIDUP RM1800
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM1,800 :
- Warganegara : Malaysia.
- Status Perkahwinan :
- Bujang.
- Balu (kematian pasangan).
- Janda / duda (bercerai).
- Had Umur :
- 60 tahun dan ke atas.
- Kadar Pendapatan :
- Bawah RM5,000 sebulan; atau
- Bawah Garis Kemiskinan Semasa (PGK) serta tersenarai dalam rekod data e-Kasih.
- Status Permohonan STR :
- Lulus Permohonan STR 2026.
JADUAL & PROSES BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP RM1800 2026
Bantuan Sara hidup akan dibayar kepada rakyat yang layak melalui proses dan mengikut jadual berikut :
- Pemohon kemukakan permohonan STR.
- Pemohon disahkan ‘Lulus’ serta layak terima Bantuan STR dan SARA.
- Bantuan SARA akan dibayar melalui Kad Pengenalan penerima.
- Bayaran Bantuan SARA adalah setiap bulan (mengikut jadual di bawah).
| TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| Januari 2026 | RM150 |
| Februari 2026 | RM150 |
| Mac 2026 | RM150 |
| April 2026 | RM150 |
| Mei 2026 | RM150 |
| Jun 2026 | RM150 |
| Julai 2026 | RM150 |
| Ogos 2026 | RM150 |
| September 2026 | RM150 |
| Oktober 2026 | RM150 |
| November 2026 | RM150 |
| Disember 2026 | RM150 |
CARA MOHON BANTUAN SARA HIDUP 2026
Ikuti cara mohon Bantuan Sara Hidup melalui laman sesawang MySTR seperti berikut :
- Layari pautan laman sesawang rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, terus klik butang [Permohonan Baharu].
- Untuk teruskan permohonan tanpa guna MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, sila klik pada butang [Semak].
- Maklumat diri akan dipaparkan secara automatik seperti ‘Nama Penuh’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’.
- Ianya dipaparkan berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Nota : Jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN terdekat.
- Ianya dipaparkan berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Isikan maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Ruangan yang bertanda (*) adalah mandatori untuk diisi.
- Pilih [Status Perkahwinan] anda seperti :
- Bujang – bagi yang belum berkahwin.
- Balu – bagi yang kematian pasangan.
- Duda / Janda – bagi yang bercerai.
- Bagi yang kematian pasangan, sila isi [Tarikh Kematian] dan muat naik [Sijil Kematian].
- Bagi yang bercerai, sila isi [Tarikh Penceraian] dan muat naik [Surat Cerai].
- Masukkan maklumat akaun bank anda yang masih aktif untuk penerimaan bantuan.
- Pastikan nombor akaun yang betul dan atas nama sendiri.
- Seterusnya, klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman berikutnya.
- Lengkapkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan dengan anda.
- Bagi pengesahan, anda perlu mengisi [Kod Captcha] mengikut nilai yang diberikan.
- Kemudian, klik butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
- Jika permohonan telah berjaya dihantar, anda akan dipaparkan dengan :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
- Selesai.
CARA DAFTAR BANTUAN SARA HIDUP 2026
Untuk individu yang berpendapatan bawah garis PGK semasa, anda boleh mendaftar eKasih untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup dengan kadar tertinggi. Ikuti cara daftar berikut :
- Sila klik pada pautan laman sesawang yang rasmi di sini :https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Pada halaman tersebut, layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Untuk Didaftarkan Ke Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti dan kenalpasti syarat kelayakan anda.
- Seterusnya, hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
- Hubungi talian Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Selesai.
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP
Ikuti cara semakan kelayakan sebagai penerima Bantuan Sara Hidup melalui dua (2) laman di bawah :
Cara Semakan Kelayakan Di Laman MySTR :
- Klik terus pada pautan laman sesawang MySTR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
- Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard akan dipaparkan.
- Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
- Status penerima warga emas akan dipaparkan.
- Selesai.
Cara Semakan kelayakan Di Laman MyKasih :
- Klik pada pautan laman web MyKasih di sini :https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-) contoh : 870230114567.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]