PERMOHONAN MYKASIH 2026 (DAFTAR ONLINE BANTUAN SARA)
Program MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terus dilaksanakan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan mendapat manfaat barangan keperluan asas secara bulanan.
Bagaimanakah permohonan mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI 2026 (RM2400 & RM1200 & RM600)
MYKASIH 2026
MyKasih ialah program MyKasih Foundation ditubuhkan pada 2009 untuk membantu untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan secara tanpa tunai melalui bantuan barangan makanan dan pembelajaran.
Melalui kerjasama MyKasih Foundation dengan Kerajaan, Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan untuk membantu golongan yang memerlukan (B40 dan M40) di mana Malaysia untuk menyokong perbelanjaan asas dan memenuhi keperluan penerima secara bulanan.
Oleh itu, kredit bantuan akan disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima dan boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan yang diluluskan di bawah Program.
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026
Syarat Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus eKasih; dan
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Sahaja – Bukan eKasih; dan
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
KADAR BULANAN MYKASIH 2026
Jumlah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | BERDAFTAR EKASIH (STR & EKASIH) | BUKAN EKASIH (STR SAHAJA) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Januari – Disember) | RM100 Sebulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan (Januari – Disember) | RM50 Sebulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Sebulan (Januari – Disember) | RM50 Sebulan (Januari – Disember) |
PERMOHONAN MYKASIH 2026
Kelayakan penerima MyKasih (SARA) adalah secara automatik di mana semua penerima STR termasuk tersenarai dalam Sistem eKasih dan tidak tersenarai, akan menerima bantuan ini tanpa sebarang permohonan.
Sekiranya, belum pernah memohon STR, anda harus mohon STR terlebih dahulu untuk menerima MyKasih.
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2026 adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda.
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
DAFTAR SISTEM E-KASIH
Pendaftaran Sistem eKasih (Kategori Miskin dan Miskin Tegar) adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]