PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI 2026 (RM2400 & RM1200 & RM600)
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima manfaat tambahan bulanan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk dibelanjakan bagi mendapatkan barangan keperluan asas.
Bagaimanakah cara permohonan bantuan mykad madani 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CHECK STATUS SARA ONE OFF 2026 : JUMLAH BANTUAN, TARIKH BAYARAN, CARA SEMAKAN & PERMOHONAN
PENGENALAN BANTUAN MYKAD MADANI 2026
Bantuan MyKad Madani atau sebenarnya Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) dalam memenuhi keperluan asas secara bulanan.
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
- Kelayakan : Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus eKasih dan bukan eKasih, dimana kelayakan adalah secara automatik;
- Cara Memohon : Tiada permohonan diperlukan, hanya perlu berdaftar STR dan eKasih Sahaja.
- Tempoh Bantuan : Setiap Bulan (Bermula Januari sehingga Disember 2026);
- Cara Pelaksanaan (Bayaran) : Secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima;
- Manfaat : Boleh dibelanjakan untuk barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad.
JUMLAH BANTUAN MYKAD MADANI 2026
Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bakal disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk sesi 2026 seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | BERDAFTAR EKASIH (PENERIMA STR & EKASIH) | BUKAN EKASIH (PENERIMA STR SAHAJA) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 (RM200 Sebulan) | RM1,200 (RM100 Sebulan) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 (RM150 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
| Bujang | RM1,200 (RM100 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI 2026
Kelayakan penerima bantuan MyKad (SARA) adalah secara automatik, di mana semua penerima STR akan layak menerima bantuan berdasarkan data penerima STR dan berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
Namun, sekiranya semakan status menunjukkan tidak layak atau anda belum pernah memohon bantuan STR, permohonan STR 2026 perlu dilakukan terlebih dahulu untuk melayakkan anda menerima ini.
CARA PERMOHONAN BANTUAN STR 2026
Panduan Lengkap Permohonan Baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda.
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
PENDAFTARAN SISTEM EKASIH
Pendaftaran Sistem eKasih (Kategori Miskin dan Miskin Tegar) adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]