SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEGERA

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEGERA

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah diperkenalkan sejak tahun 2023 oleh Kerajaan MADANI yang mana penyalurannya unik kerana bantuan dikreditkan secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan / MyKad yang membolehkan penerima untuk menggunakannya bagi tujuan pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.

Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan MyKad 2026? Ikuti panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN IC RM2400 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA & CARA MEMOHON

SYARAT PENERIMA BANTUAN MYKAD 2026

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA yang ditetapkan untuk penerima bagi tahun 2026 :

  • Kelayakan Penerima Setiap Bulan :
    • Warganegara Malaysia;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
    • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
    • Pendapatan bawah garis kemiskinan (PGK) bagi yang berstatus miskin; dan
    • Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000 bagi yang berstatus asas.
  • Kelayakan Penerima Sekaligus :
    • Warganegara Malaysia;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
    • Tiada had pendapatan;
    • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

JUMLAH KREDIT BANTUAN MYKAD 2026

Jumlah pengkreditan Bantuan SARA dalam MyKad setiap bulan dan sekaligus adalah berdasarkan kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  • Pengkreditan Setiap Bulan :
KATEGORI PENERIMAPENERIMA MISKINPENERIMA ASAS
Isi RumahRM200 sebulan
hingga
RM2,400 setahun
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
Warga EmasRM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
BujangRM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
  • Pengkreditan Sekaligus :
KATEGORI PENERIMASEMUA RAKYAT
(TERMASUK PENERIMA
ASAS & MISKIN)
Isi RumahRM100 (suami)
dan
RM100 (isteri)
Warga EmasRM100
BujangRM100

JADUAL KREDIT BANTUAN MYKAD 2026

Pengkreditan Bantuan SARA dalam MyKad untuk sepanjang 2026 adalah berdasarkan jadual berikut :

JENIS PENGKREDITANTARIKH KREDIT
Pengkreditan Setiap BulanJanuari 2026
Februari 2026
Mac 2026
April 2026
Mei 2026
Jun 2026
Julai 2026
Ogos 2026
September 2026
Oktober 2026
November 2026
Disember 2026
Pengkreditan SekaligusPertengahan Februari 2026
*Nota : Tarikh pengkreditan akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 2026

Status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA dalam MyKad boleh disemak secara online melalui aplikasi mudah alih (MyKasih) seperti panduan semakan yang lengkap di bawah :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
    • [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
  4. Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
  5. Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
  6. Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  7. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  8. Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
  9. Klik pada butang [Verify you are human].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  11. Status kelayakan dan bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment