SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM200 2026 : SEMAK STATUS ANDA SEKARANG
Lebih ramai bakal menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan bulanan bagi tahun 2026, termasuk semua penerima STR kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan yang tiada dalam senarai eKasih.
Bagaimanakah semakan kelayakan penerima bantuan dalam mykad rm200 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BILAKAH SEMAKAN STR 2026 : KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN FASA 1
APA ITU BANTUAN DALAM MYKAD?
Bantuan dalam MyKad merujuk kepada Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dilaksanakan secara tanpa tunai (cashless) di mana dikreditkan terus melalui MyKad (Kad Pengenalan penerima).
Kredit bantuan ini boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan barangan asas daripada kategori produk SARA yang diluluskan di pasar raya atau kedai runcit terpilih dengan pembayaran menggunakan MyKad.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus eKasih; dan
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bukan eKasih; dan
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
JUMLAH KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Jumlah kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bakal disalurkan ke dalam MyKad penerima untuk sesi 2026 seperti berikut:
- Kadar Bantuan SARA eKasih (STR & eKasih)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BULANAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 | RM200 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 | RM150 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Bujang | RM1,200 | RM100 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
- Kadar Bantuan SARA bukan eKasih (STR Sahaja)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BULANAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM1,200 | RM100 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | RM50 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Bujang | RM600 | RM50 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
JADUAL PELAKSANAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dilaksanakan mengikut jadual berikut :
| JENIS SARA | TARIKH PELAKSANAAN |
|---|---|
| SARA eKASIH (Penerima STR & eKasih) | Bermula Januari sehingga Disember 2026 |
| SARA bukan eKASIH (Penerima STR Sahaja) | Bermula Januari sehingga Disember 2026 |
| SARA ONE-OFF (Semua Rakyat Malaysia 18 tahun ke atas) | Dikreditkan pada pertengahan Februari (sekali bayaran sahaja) |
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2026
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]