BANTUAN IC RM100 FASA DISEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
Terkini! Pembayaran terakhir Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sesi 2025 bakal dilaksanakan bermula hari ini kepada penerima yang layak. Penerima yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat semakan status bayaran untuk menggunakan kredit bantuan sebelum tarikh luput.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bayaran bantuan ic rm100 fasa disember 2025? Ikuti Info lanjut disini.
AMAUN BANTUAN IC FASA DISEMBER 2025
Jumlah kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bakal disalurkan ke dalam IC penerima untuk sesi Disember 2025, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN DALAM IC 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dilaksanakan mengikut jadual seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | TARIKH PELAKSANAAN SARA | TARIKH LUPUT/AKHIR GUNA |
|---|---|---|
| SARA EKASIH | 15 Januari 2025 | 31 Disember 2025 |
| SARA BUKAN EKASIH | 1 April 2025 | 31 Disember 2025 |
| SARA ONE-OFF | 31 Ogos 2025 | 31 Disember 2025 |
Catatan : Pembayaran akhir Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sesi 2025 akan disalurkan bermula 1 Disember 2025 (Isnin). Bulan Disember juga merupakan bulan terakhir untuk penerima menggunakan baki atau kredit SARA yang masih ada sebelum ia luput secara automatik.
PENERIMA BANTUAN IC FASA DISEMBER 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN IC FASA DISEMBER 2025
Semakan Status Penerima Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Disember 2025, boleh dilakukan secara online seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]