BANTUAN E WALLET 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON & CARA PERMOHONAN E-WALLET

BANTUAN E WALLET 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON & CARA PERMOHONAN E-WALLET

Permohonan bantuan Keluarga di Selangor bagi menampung perbelanjaan barang keperluan asas, kelengkapan pendidikan dan kesihatan melalui BINGKAS masih dibuka. Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan boleh mengemukakan permohonan segera sebelum tarikh permohonan ditutup.

Bagaimanakah semakan status dan permohonan bantuan e wallet 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: TARIKH AKHIR BOLEH BELI GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025 : ANDA SEMAK SEGERA TARIKH TAMAT MYKASIH

APA ITU BANTUAN E WALLET 2026?

Bantuan e-Wallet ialah bantuan kewangan Kerajaan Negeri Selangor kepada keluarga B40 yang memerlukan di Selangor.

Bantuan ini dilaksnakan seperti berikut :

  • Bantuan di bawah Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS);
  • Bantuan bulanan RM300;
  • Bantuan tanpa tunai (cashless) melalui akaun e-Wallet SELANGKAS
  • Bertujuan untuk memenuhi keperluan asas melalui perbelanjaan barangan asas.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E WALLET 2026

Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemilih berdaftar di Selangor;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
  • Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.

SEMAKAN STATUS BANTUAN E WALLET 2026

Status Permohonan dan Kelayakan BINGKAS boleh disemak seperti berikut :

  • Portal Rasmi BINGKAS; atau
  • Aplikasi Selangkah.

Cara semakan status di Portal Rasmi BINGKAS :

  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
  2. Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
  4. Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
  5. Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
  6. Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
  7. Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
  8. Selesai.

Cara semakan status di Aplikasi Selangkah :

  1. Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
  2. Kemudian, buka aplikasi tersebut.
  3. Daftarkan akaun anda.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
  6. Buka bahagian [BINGKAS].
  7. Semak status kelayakan anda.
  8. Selesai.

PERMOHONAN BANTUAN E WALLET 2026

Panduan lengkap permohonan bantuan BINGKAS secara online seperti berikut :

TARIKH BUKA PERMOHONANTARIKH TUTUP PERMOHONAN
1 Novermber 2025 (Sabtu)Belum diumumkan
  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
  2. Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Tekan Butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
  5. Jika belum mempunyai akaun, sila klik butang Tekan [Daftar Akaun Selangkah baharu].
  6. Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
  7. Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
  8. Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
  9. Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
  10. Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
  11. Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid anak dan klik [Simpan].
  12. Setelah selesai, klik butang [Hantar].
  13. Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
  14. Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
  15. Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
  16. Permohonan telah berjaya dihantar.
  17. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan BINGKAS, seperti berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan).
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan).
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara).
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti spt ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
  • Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.

CARA GUNA BANTUAN E WALLET 2026

Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
  3. Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
  6. Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment