STR BUJANG 2026 DIGANTI DENGAN SARA MYKASIH RM600 : ANDA BOLEH SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK & MOHON JIKA BERKELAYAKAN

STR BUJANG 2026 DIGANTI DENGAN SARA MYKASIH RM600 : ANDA BOLEH SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK & MOHON JIKA BERKELAYAKAN

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia kerana ianya telah diperkenalkan sejak tahun 2023 yang bertujuan untuk memenuhi dan menampung keperluan asas rakyat Malaysia.

Bagaimanakah semakan STR bujang diganti dengan SARA MyKasih? Baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS EWALLET RM300 : (2026) SEMAK KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK UNTUK DAPAT BANTUAN & CARA PERMOHONAN

STR BUJANG 2026 DIGANTI DENGAN SARA MYKASIH RM600

Demi membantu kategori bujang mendapatkan keperluan yang cukup, Kerajaan menggantikan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih untuk setiap bulan sepanjang tahun 2026.

CARA PENERIMAAN SARA MYKASIH BUJANG

Bantuan STR dibayar secara tunai melalui akaun bank dan melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) selama empat (4) fasa. Tetapi kategori bujang akan terima Bantuan SARA MyKasih mengikut cara berikut :

  • Setelah permohonan STR diluluskan, akaun akan dibuka berdasarkan nombor Kad Pengenalan penerima bujang dalam sistem dimana elaun Bantuan SARA MyKasih akan disimpan dan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas setiap bulan.

JUMLAH BAYARAN STR BUJANG DIGANTI SARA MYKASIH

Berikut adalah jumlah bayaran Bantuan SARA MyKasih untuk kategori bujang bagi tahun 2026 :

  • Bujang Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) :
    • Akan terima bayaran SARA MyKasih sebanyak berikut :
BAYARAN SETIAP
BULAN
BAYARAN SETAHUN
RM100 setiap bulanRM1,200 setahun
*Bantuan SARA MyKasih dikreditkan setiap bulan dan jika tidak digunakan, baki akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya sehingga jumlah terkumpul setahun (RM1,200).
  • Bujang Pendapatan Asas Bawah RM2,500 :
    • Akan terima bayaran SARA MyKasih sebanyak berikut :
BAYARAN SETIAP
BULAN
BAYARAN SETAHUN
RM50 setiap bulanRM600 setahun
*Bantuan SARA MyKasih dikreditkan setiap bulan dan jika tidak digunakan, baki akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya sehingga jumlah terkumpul setahun (RM600).

JADUAL PENERIMAAN SARA MYKASIH BUJANG

Penerimaan bayaran Bantuan SARA MyKasih adalah setiap bulan yang dijadualkan seperti berikut :

BIL.TARIKH PENERIMAAN
1.15 Januari 2026
2.1 Februari 2026
3.1 Mac 2026
4.1 April 2026
5.1 Mei 2026
6.1 Jun 2026
7.1 Julai 2026
8.1 Ogos 2026
9.1 September 2026
10.1 Oktober 2026
11.1 November 2026
12.1 Disember 2026
*Tarikh di atas akan dikemaskini semula sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SARA MYKASIH BUJANG

Individu bujang yang telah memohon di halaman utama Portal STR boleh membuat semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA MyKasih seperti berikut :

  1. Terus ke Portal Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
  2. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang tersebut.
    • Pastikan tanpa – dan tanpa jarak.
  3. Klik pada butang [Semak] di bawah.
  4. Untuk pengesahan, [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  5. Jika paparan kata kunci tersebut betul, klik butang [Ya].
  6. Masukkan [Kata Laluan] yang betul.
  7. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  8. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  9. Terus ke bahagian semakan dengan klik butang [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Selesai.

CARA MOHON STR BUJANG DIGANTI DENGAN SARA MYKASIH

Untuk mendapatkan Bantuan SARA MyKasih bagi tahun 2026, individu bujang perlu memohon di halaman utama Portal STR seperti berikut :

  1. Pergi ke Halaman Utama STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Terus klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Untuk permohonan tanpa MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan tanpa -.
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. Maklumat seperti ‘Nama’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’ akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
    • *Sekiranya data tidak wujud, pemohon perlu hadir ke LHDNM terdekat.
  7. Lengkapkan maklumat permohonan pada ruangan yang disediakan dan ruangan bertanda * adalah mandatori diisi.
  8. Pilih status perkahwinan sebagai :
    • [Bujang] bagi yang belum berkahwin; atau
    • [Cerai] bagi yang bercerai dan sertakan tarikh penceraian; atau
    • [Balu] bagi yang kematian pasangan dan sertakan tarikh kematian pasangan.
  9. Masukkan maklumat akaun bank yang masih aktif.
  10. Pastikan atas nama pemohon sendiri.
  11. Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  12. Lengkapkan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan dengan pemohon.
  13. Seterusnya, pemohon perlu membuat pengesahan dengan mengisi [Kod Captcha] yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  14. Klik pada butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
  15. Jika permohonan berjaya dihantar, pemohon akan dipaparkan dengan :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih”.
  16. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment