SEMAK BANTUAN MYSTR TAMBAHAN : (2026) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK & CARA MEMOHON JIKA BERKELAYAKAN

SEMAK BANTUAN MYSTR TAMBAHAN : (2026) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK & CARA MEMOHON JIKA BERKELAYAKAN

Bantuan MySTR Tambahan adalah merujuk kepada Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan sebagai bantuan tambahan kepada penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini adalah untuk menampung kos sara hidup sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah cara semak Bantuan MySTR Tambahan? Ikuti panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH TERBARU

CARA AGIHAN BANTUAN MYSTR TAMBAHAN

Pengagihan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan Bantuan Tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan dengan cara yang berlainan bagi memudahkan rakyat menerima bantuan.

Berikut merupakan cara agihan bantuan :

  • Bantuan STR :
    • Agihan Bantuan STR adalah secara ansur berfasa yang dibayar tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan melalui akaun bank penerima.
  • Bantuan Tambahan :
    • Namun, Bantuan Tambahan akan diagihkan secara ansur setiap bulan yang dibayar melalui Kad Pengenalan milik penerima dan boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas.

JUMLAH AGIHAN BANTUAN MYSTR TAMBAHAN

Bagi meringankan bebanan kewangan rakyat, Kerajaan akan mengagihkan jumlah Bantuan Tambahan selaras dengan kategori dan kelayakan penerima untuk setiap bulan sepanjang tahun 2026 sebanyak berikut :

KATEGORI & KELAYAKAN
PENERIMA
JUMLAH AGIHAN
BANTUAN TAMBAHAN
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM200 setiap bulan
(RM2,400 setahun)
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM100 setiap bulan
(RM1,200 setahun)
Warga Emas
(STR & eKasih)
RM150 setiap bulan
(RM1,800 setahun)
Warga Emas
(STR sahaja)
RM50 setiap bulan
(RM600 setahun)
Bujang
(STR & eKasih)
RM100 setiap bulan
(RM1,200 setahun)
Bujang
(STR sahaja)
RM50 setiap bulan
(RM600 setahun)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSTR TAMBAHAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan MySTR Tambahan untuk tahun 2026 :

  • Kelayakan Penerima STR & eKasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Kategori : Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
    • Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; dan
    • Tersenarai dalam rekod data e-Kasih sebagai penerima Miskin & Miskin Tegar.
  • Kelayakan Penerima STR sahaja :
    • Warganegara Malaysia;
    • Kategori : Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
    • Pendapatan : RM2,500 hingga RM5,000 sebulan;
    • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.

CARA MEMOHON BANTUAN MYSTR TAMBAHAN

Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh memohon Bantuan MySTR Tambahan secara atas talian (online) mengikut panduan lengkap seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
  5. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  6. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  7. Masukkan maklumat Akaun Bank yang masih aktif untuk penerimaan bayaran STR.
  8. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  9. Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
  10. Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  11. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  12. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  13. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  14. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  15. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  16. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  17. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  18. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  19. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  20. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan [Ya].
  21. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan [Cetak].
  22. ⁠Selesai.

SEMAK BANTUAN MYSTR TAMBAHAN

Selepas berjaya memohon, anda boleh menyemak status kelayakan sebagai penerima Bantuan MySTR Tambahan untuk tahun 2026 seperti berikut :

  1. Layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  5. Kemudian, klik butang [Semak].
  6. Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
  7. Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
  8. Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
  9. Klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dashboard akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan penerima STR dan SARA akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber yang sahih daripada Portal MySTR dan Portal MyKasih dan kami kongsikan untuk memudahkan capaian orang ramai. Untuk maklumat atau pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk talian rasmi di bawah :

  • Talian MySTR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Talian MySARA : 03-7720 1800

Leave a Comment