BANTUAN MYSTR TAMBAHAN : (2026) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & IKUTI CARA MOHON JIKA ANDA LAYAK (PANDUAN LENGKAP)
Bayaran Bantuan MySTR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk tahun 2026 adalah bermula dengan jumlah sebanyak RM200 sehingga RM2,200 dan mungkin ianya tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup rakyat. Oleh itu, Kerajaan mewujudkan Bantuan Tambahan khas kepada penerima MySTR.
Bagaimanakah cara semakan status kelayakan penerima & cara mohon Bantuan MySTR Tambahan? Ikuti panduan lengkap dan baca info lanjut di bawah.
JUMLAH BANTUAN MYSTR TAMBAHAN
Jumlah Bantuan Tambahan akan dibayar berdasarkan kategori dan kelayakan penerima.
Berikut adalah jumlah bayaran Bantuan Tambahan kepada penerima MySTR :
- KATEGORI ISI RUMAH :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin | RM200 setiap bulan (RM2,400 setahun) |
| Isi Rumah Asas | RM100 setiap bulan (RM1,200 setahun) |
- KATEGORI BUJANG :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bujang Miskin | RM100 setiap bulan (RM1,200 setahun) |
| Bujang Asas | RM50 setiap bulan (RM600 setahun) |
- KATEGORI WARGA EMAS :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Warga Emas Miskin | RM150 setiap bulan (RM1,800 setahun) |
| Warga Emas Asas | RM50 setiap bulan (RM600 setahun) |
JADUAL BAYARAN BANTUAN MYSTR TAMBAHAN
Pembayaran Bantuan Tambahan dilaksaakan secara ansur setiap bulan bermula Januari hingga Disember 2026.
Berikut adalah jadual bayaran Bantuan Tambahan untuk tahun 2026 :
| BIL. | TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN |
|---|---|
| 1. | 15 Januari 2026 |
| 2. | 1 Februari 2026 |
| 3. | Pertengahan Februari 2026 (bayaran one-off) |
| 4. | 1 Mac 2026 |
| 5. | 1 April 2026 |
| 6. | 1 Mei 2026 |
| 7. | 1 Jun 2026 |
| 8. | 1 Julai 2026 |
| 9. | 1 Ogos 2026 |
| 10. | 1 September 2026 |
| 11. | 1 Oktober 2026 |
| 12. | 1 November 2026 |
| 13. | 1 Disember 2026 |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN
Hanya mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja layak untuk terima bayaran Bantuan Tambahan untuk sepanjang tahun 2026.
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan penerima :
- Warganegara :
- Malaysia.
- Kategori :
- Isi Rumah / Bujang / Warga Emas.
- Kadar Pendapatan :
- Bawah RM2,500 hingga RM5,000 (asas).
- Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang daftar e-Kasih (miskin).
- Status Permohonan STR :
- Lulus Permohonan STR 2026.
CARA MOHON BANTUAN MYSTR TAMBAHAN
Untuk mendapatkan Bantuan MySTR dan Bantuan Tambahan, anda boleh kemukakan permohonan hanya di satu (1) portal iaitu Portal Rasmi MySTR.
Ikuti cara permohonan yang lengkap di bawah :
- Layari Portal Rasmi MySTR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Portal Rasmi MySTR akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
- (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYSTR TAMBAHAN
Setelah permohonan berjaya dihantar, pemohon boleh membuat semakan status kelayakan sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan MySTR dan Bantuan Tambahan.
Ikuti panduan lengkap cara semak status kelayakan seperti berikut :
- Layari laman Log Masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Bahagian Log Masuk MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
- Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard akan dipaparkan.
- Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
- Status penerima MySTR dan bayaran Tambahan (MySARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Artikel ini ditulis berdasarkan maklumat sahih daripada Portal Rasmi MySTR berkaitan bayaran tambahan iaitu MySARA dan kami kongsikan untuk memudahkan carian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib di talian berikut :
- Talian MySTR MOF : 03-8882 4565 / 4566
- Talian MySARA MOF : 03-7720 1800