SEMAKAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Sempena sambutan bulan ramadhan dan tahun baru cina tahun 2026, Kerajaan menyediakan bantuan SARA one-off sebagai inisiatif khas kepada rakyat Malaysia untuk meringankan beban kewangan dalam membuat persiapan.
Bagaimanakah semakan sara one off 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: STR BUJANG 2026 TELAH DIGANTI DENGAN BANTUAN SARA RM600 : SEMAK KELAYAKAN & CARA DAFTAR BANTUAN
APA ITU SARA ONE OFF 2026?
SARA ONE-OFF ialah bantuan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disediakan oleh kerajaan kepada semua rakyat Malaysia bagi mneringankan kos sara hidup yang dihadapi.
Bantuan ini bakal dilaksanakan pada pertengahan Februari tahun 2026, sebagai persiapan rakyat Malaysia untuk menyambut bulan Ramadan dan Tahun Baru Cina.
SARA ONE-OFF akan dilaksanakan seperti berikut :
- Bantuan RM100 (ONE-OFF);
- Kepada semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas);
- Bantuan disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima di bawah Program SARA;
- Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai berdaftar SARA.
RINGKASAN PEMBAYARAN SARA 2026
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH | SARA ONE-OFF (SEKALI BAYAR) |
|---|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Januari – Disember) | RM100 Sebulan (Januari – Disember) | RM100 (Pertengahan Februari) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan (Januari – Disember) | RM50 Sebulan (Januari – Disember) | RM100 (Pertengahan Februari) |
| Bujang | RM100 Sebulan (Januari – Disember) | RM600 (RM50 Sebulan) | RM100 (Pertengahan Februari) |
Catatan : Bantuan SARA one-off bukan sahaja akan diberikan untuk SARA eKasih dan SARA bukan eKasih, tetapi turut diberikan kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan dan status.
SEMAKAN SARA ONE OFF 2026
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah ONE-OFF.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula (SARA ONE-OFF): Pertengahan Februari 2026
- Tarikh Program Berakhir (Tarikh Luput Kredit) : Disember 2026
- Baki (RM) : 100.00 (mengikut kelayakan penerima)
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
MANFAAT PELAKSANAAN SARA ONE OFF
Penerima SARA ONE-OFF akan menerima kredit RM100 melalui MyKad (Kad Pengenalan), dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti :
- Beras;
- Makanan Dalam Tin;
- Telur;
- Minuman;
- Mi Segera;
- Minyak Masak;
- Bahan Perasa;
- Tepung;
- Roti;
- Biskut;
- Barangan Kebersihan Rumah;
- Produk Penjagaan Diri;
- Ubat-ubatan;
- Barang Keperluan sekolah.
Untuk mendapatkan barangan dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti :
- Pasar raya besar (Contoh : Mydin/Giant/Econsave/Pacific/Lotus Stores);
- Pasar raya mini (Contoh : 99 Speedmart);
- Kedai Runcit;
Senarai penuh kedai yang berdaftar di bawah Program SARA, boleh di rujuk di Portal Rasmi SARA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA GUNA KREDIT SARA ONE OFF
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang diluluskan.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]