BANTUAN STR BUJANG 2026 TIADA TETAPI DIGANTI DENGAN SARA RM600 : SEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA & PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN

BANTUAN STR BUJANG 2026 TIADA TETAPI DIGANTI DENGAN SARA RM600 : SEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA & PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN

Kos sara hidup terutamanya harga barangan keperluan asas yang semakin meningkat naik, menjadikan ianya bebanan untuk rakyat Malaysia termasuk individu bujang. Oleh itu, Kerajaan akan menggantikan bayaran Bantuan STR dengan Bantuan SARA untuk kategori bujang sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah cara semak kelayakan & permohonan Bantuan STR Bujang yang diganti dengan SARA RM600? Ikuti panduan lengkap dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH TERBARU

BANTUAN STR BUJANG 2026 TIADA TETAPI DIGANTI DENGAN SARA RM600

Untuk tahun 2026, individu bujang tidak akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tetapi bayaran tersebut digantikan dengan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan dibayar setiap bulan untuk sepanjang tahun 2026.

JUMLAH BANTUAN STR YANG DIGANTI DENGAN SARA BUJANG 2026

Berikut merupakan jumlah Bantuan SARA yang digantikan kepada individu bujang yang akan dibayar sepanjang tahun 2026 :

  • Penerima Bujang Miskin & Miskin Tegar :
BAYARAN STRSARA SEBULANSARA SETAHUN
TiadaRM100 sebulanRM1,200 setahun
*Akan terima bayaran tambahan Bantuan SARA secara One-off sebanyak RM100.
  • Penerima Bujang Asas Bukan Miskin :
BAYARAN STRSARA SEBULANSARA SETAHUN
TiadaRM50 sebulanRM600 setahun
*Akan terima bayaran tambahan Bantuan SARA secara One-off sebanyak RM100.

CARA PEMBERIAN BANTUAN SARA BUJANG 2026

Pemberian Bantuan SARA untuk individu bujang adalah melalui cara-cara berikut :

KELAYAKAN PENERIMACARA PEMBERIAN
Penerima Bujang Status
Miskin & Miskin Tegar
Akan diberikan secara tanpa tunai
melalui pengkreditan terus ke dalam
akaun Kad Pengenalan khas untuk
penerima membuat pembelian barang
keperluan asas setiap bulan
Penerima Bujang Status
Asas Bukan Miskin
Akan diberikan secara tanpa tunai
melalui pengkreditan terus ke dalam
akaun Kad Pengenalan khas untuk
penerima membuat pembelian barang
keperluan asas setiap bulan

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA BUJANG 2026

Kerajaan masih belum mengumumkan tarikh bayaran Bantuan SARA untuk tahun 2026, namun jadual dibawah adalah anggaran tarikh bayaran kepada individu bujang :

TARIKH BAYARAN
(PENERIMA MISKIN)
TARIKH BAYARAN
(PENERIMA ASAS)
Januari 2026Januari 2026
1 Februari 20261 Februari 2026
1 Mac 20261 Mac 2026
1 April 20261 April 2026
1 Mei 20261 Mei 2026
1 Jun 20261 Jun 2026
1 Julai 20261 Julai 2026
1 Ogos 20261 Ogos 2026
1 September 20261 September 2026
1 Oktober 20261 Oktober 2026
1 November 20261 November 2026
1 Disember 20261 Disember 2026
*Bayaran tambahan Bantuan SARA secara One-off pula pada pertengahan Februari 2026.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA BUJANG

Bantuan SARA akan diberikan khas kepada individu bujang yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara : Malaysia;
  • Umur : 21 hingga 59 tahun atau bujang OKU umur 19 tahun ke atas;
  • Status Perkahwinan : Belum berkahwin (bujang) / balu / duda / janda (tiada anak);
  • Kadar Pendapatan : sehingga RM2,500 (asas bukan miskin) atau bawah garis kemiskinan (miskin tegar);
  • Status STR : Lulus permohonan 2026 sebagai penerima Bujang;
  • Pendaftaran e-Kasih : Tersenarai dalam rekod data e-Kasih sebagai penerima miskin & miskin tegar.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN STR & SARA BUJANG 2026

Untuk menerima Bantuan SARA, individu bujang perlu kemukakan permohonan STR secara online seperti panduan lengkap di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan.
    • Status Perkahwinan Anda : Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
      • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  9. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  10. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  11. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  12. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  13. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk bujang, kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Hotline SARA MOF : 03-7720 1800
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment