SEMAK BANTUAN STR TAMBAHAN : (2026) CARA SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA & PANDUAN PERMOHONAN
Insentif Bantuan Tambahan akan diberikan juga kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara automatik supaya ianya cukup untuk menampung kos sara hidup rakyat Malaysia terutamanya yang terdiri daripada golongan B40 dan M40.
Bagaimanakah cara semak & mohon Bantuan STR Tambahan? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK EWALLET RM300 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK, JIKA LAYAK INI CARA DAFTAR
APA ITU BANTUAN STR TAMBAHAN?
Bantuan STR Tambahan adalah merujuk kepada Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan diberikan secara automatik kepada penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai tambahan untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat.
Melalui penyaluran Bantuan STR Tambahan setiap bulan, penerima dapat menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan dan sebagainya setiap bulan.
JUMLAH BANTUAN STR TAMBAHAN
Setiap kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan tambahan dengan jumlah sebanyak berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BANTUAN STR TAMBAHAN |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | Daftar eKasih : RM200 sebulan (RM2,400 setahun) & Bukan eKasih : RM100 sebulan (RM1,200 setahun) |
| Isi Rumah M40 | Bukan eKasih : RM100 sebulan (RM1,200 setahun) |
- KATEGORI BUJANG :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BANTUAN STR TAMBAHAN |
|---|---|
| Bujang Daftar eKasih | RM100 sebulan (RM1,200 setahun) |
| Bujang Bukan eKasih | RM50 sebulan (RM600 setahun) |
- KATEGORI WARGA EMAS :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH BANTUAN STR TAMBAHAN |
|---|---|
| Warga Emas Daftar eKasih | RM150 sebulan (RM1,800 setahun) |
| Warga Emas Bukan eKasih | RM50 sebulan (RM600 setahun) |
SYARAT PENERIMA STR TAMBAHAN
Bagaimanapun, penerima yang layak menerima Bantuan Tambahan adalah yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000 (penerima asas);
- Pendapatan bawah garis kemiskinan semasa (penerima miskin);
- Daftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih.
PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN STR TAMBAHAN
Ikuti panduan lengkap cara mohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) supaya dapat juga menerima Bantuan Tambahan :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
- Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
- (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN STR TAMBAHAN
Setelah berjaya memohon, pemohon boleh menyemak status kelayakan permohon secara online seperti berikut :
- Layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
- Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard akan dipaparkan.
- Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
- Status penerima Bantuan STR dan Tambahan (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL BAYARAN BANTUAN STR TAMBAHAN
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Bantuan Tambahan akan dilaksanakan mengikut jadual seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan STR | Fasa 1 : Januari 2026 Fasa 2 : Mac 2026 Fasa 3 : Ogos 2026 Fasa 4 : Oktober 2026 |
| Bantuan Tambahan | Januari 2026 Februari 2026 Mac 2026 April 2026 Mei 2026 Jun 2026 Julai 2026 Ogos 2026 September 2026 Oktober 2026 November 2026 Disember 2026 |
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR : 03 8882 4565 / 4566
- Talian STR Tambahan : 03 7720 1800