SEMAK BAYARAN BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA PEMBAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH
Bayaran akhir Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tahun 2025 akan disalurkan tidak lama lagi kepada penerima yang layak. Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan boleh mula membuat semakan status pembayaran pada tarikh yang ditetapkan.
Bagaimanakah cara semak bayaran bantuan sara fasa disember 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAK STATUS ANDA SEGERA
PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
BAYARAN BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulan Disember 2025 akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak bermula :
| TARIKH PEMBAYARAN FASA DISEMBER | TARIKH AKHIR / LUPUT |
|---|---|
| 1 Disember 2025 (Isnin) | 31 Disember 2025 (Rabu) |
Baki atau kredit SARA yang tidak digunakan dalam tempoh yang ditetapkan, tidak lagi akan dibawa ke bulan berikutnya. Sebarang kredit yang tidak digunakan selepas tarikh akhir, akan luput secara automatik.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Disember 2025, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
MANFAAT BAYARAN BANTUAN SARA
Pengkreditan SARA secara bulanan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima, membolehkan penerima menggunakannya untuk menyokong perbelanjaan bulanan bagi mendapatkan barangan keperluan asas seperti :
- Makanan Asas;
- Makanan dan Minuman;
- Produk Kebersihan;
- Ubat-ubatan;
- Barang Persekolahan;
SENARAI KEDAI BERDAFTAR SARA
Untuk mendapatkan barangan asas yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai atau pasar raya yang berdaftar seperti :
- Pasar raya besar (Contoh : Mydin/Giant/Econsave/Pacific/Lotus Stores);
- Pasar raya mini (Contoh : 99 Speedmart);
- Kedai Runcit;
Senarai penuh kedai yang berdaftar di bawah Program SARA, boleh di rujuk di Portal Rasmi SARA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
SEMAK BAYARAN BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA BAYARAN BANTUAN SARA
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]