SEMAK PEMBAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA BAYARAN BANTUAN RAHMAH TERBARU
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulan November telah dikreditkan ke dalam IC masing-masing untuk dibelanjakan di kedai atau pasar raya berdaftar untuk mendapatkan barangan keperluan asas bulan tersebut.
Bagaimanakah semak pembayaran duit bantuan sara dalam ic fasa november 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN STR TAMBAHAN : (2026) CARA SEMAK KELAYAKAN PENERIMA & PANDUAN DAFTAR
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
AMAUN PEMBAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025
Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
TARIKH PEMBAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulan November 2025 adalah secara automatik ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima bermula :
| FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN | TARIKH LUPUT |
|---|---|---|
| November 2025 | 1 November 2025 | 31 Disember 2025 |
Baki atau kredit SARA yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan HANYA sah sehingga 31 Disember 2025. Sebarang kredit yang tidak digunakan selepas tarikh tersebut akan luput secara automatik.
SEMAKAN PEMBAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]