PENDAFTARAN EKASIH ONLINE 2026 : CARA MOHON BANTUAN BULANAN SARA MYKASIH UNTUK KATEGORI MISKIN TEGAR

PENDAFTARAN EKASIH ONLINE 2026 : CARA MOHON BANTUAN BULANAN SARA MYKASIH UNTUK KATEGORI MISKIN TEGAR

EKasih bukanlah bantuan/program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data isi rumah miskin dan miskin tegar.

Melalui data eKasih, penerima yang berstatus miskin dan miskin tegar akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah secara bulanan dengan jumlah yang tertinggi berbanding penerima bukan miskin.

Bagaimanakah pendaftaran eKasih secara online? Rujuk panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SENARAI BANTUAN 2026 B40 : SEMAK KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK, JIKA LAYAK SILA MOHON SEGERA SEBELUM TARIKH TUTUP

MANFAAT PENDAFTARAN EKASIH

Pelbagai manfaat yang dapat jika rakyat mendaftar eKasih. Antara manfaat yang dapat adalah termasuk :

  • Mendapat pelbagai bantuan oleh Kerajaan seperti :
    • Bantuan bulanan SARA dengan jumlah yang banyak;
    • Bantuan STR;
    • Bantuan Awal Persekolahan; dan sebagainya.
  • Status sebagai miskin dan miskin tegar dapat direkod secara rasmi.
  • Diberikan keutamaan dalam program peningkatan pendapatan seperti :
    • Bantuan modal perniagaan kecil;
    • Latihan kemahiran TVET; dan sebagainya.
  • Memudahkan pelbagai permohonan bantuan dari kerajaan / agensi.
  • Sokongan berterusan dari pelbagai agensi dan peluang bantuan tambahan seperti :
    • Bantuan kesihatan;
    • Pendidikan anak;
    • Intervensi pembasmian kemiskinan.

JUMLAH BANTUAN BULANAN UNTUK EKASIH

Jumlah bayaran Bantuan SARA Bulanan untuk penerima eKasih dan bukan eKasih adalah berbeza seperti berikut :

  • Bantuan Bulanan Untuk Penerima eKasih :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
SARA
Isi Rumah eKasihRM200 sebulan
hingga
RM2,400 setahun
Warga Emas eKasihRM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
Bujang eKasihRM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
  • Bantuan Bulanan Untuk Penerima Bukan eKasih :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
SARA
Isi Rumah Bukan eKasihRM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
Warga Emas Bukan eKasihRM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
Bujang Bukan eKasihRM50 sebulan
hingga
RM600 setahun

SYARAT LAYAK PENDAFTARAN EKASIH 2026

Pendaftaran eKasih adalah terhad kepada rakyat yang benar-benar layak seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR);
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa :
    • Contoh miskin tegar : RM1,169 sebulan / miskin : RM2,208 sebulan (berbeza mengikut kawasan dan tahun).

Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

PENDAFTARAN EKASIH ONLINE 2026

Individu atau orang awam boleh mendaftar e-Kasih melalui cara berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
  4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Selesai.

PERMOHONAN EKASIH ONLINE 2026

Untuk mendapatkan Bantuan SARA bulanan, rakyat mestilah merupakan penerima STR. Oleh itu, mohon Bantuan STR mengikut cara yang lengkap seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Permohonan STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik pada butang [Permohonan Baharu] pada laman utama.
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  7. Lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan dengan betul.
  8. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  9. Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
  10. Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  11. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  12. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  13. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  14. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  15. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  16. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  17. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  18. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  19. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  20. Selesai.

RUJUKAN LANJUT EKASIH

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang Bantuan SARA.

Leave a Comment