TAWAS SELANGOR : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN 2026 BANTUAN RM1500 UNTUK KELAHIRAN 2008

TAWAS SELANGOR : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN 2026 BANTUAN RM1500 UNTUK KELAHIRAN 2008

Ahli yang berdaftar dan memenuhi syarat kelayakan program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) kini boleh membuat tuntutan manfaat bermula pada tahun 2026.

Bagaimanakah semakan permohonan tawas selangor? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK : SEMAKAN & PERMOHONAN

APA ITU TAWAS SELANGOR?

TAWAS Selangor ialah program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor kepada anak kelahiran Selangor tahun 2008 pada tahun 2026 sebagai inisiatif simpanan masa depan.

Melalui Program ini, penerima (Ahli TAWAS) akan mendapat manfaat seperti :

  • Menerima bayaran RM1,500 apabila mencecah umur 18 tahun (bersumberkan hasil kekayaan negeri Selangor).
  • Jika ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun, waris layak menerima khairat kematian bernilai RM1,500.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat Kelayakan TAWAS 2026, mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Kelahiran Negeri Selangor atau memenuhi syarat kelahiran yang ditetapkan kerajaan negeri Selangor.
  • Lahir pada 1 Januari 2008 sahaja, selaras dengan pelancaran program TAWAS.
  • Permohonan hendaklah dibuat sebelum anak mencapai umur 3 tahun (Permohonan selepas usia itu tidak diterima walaupun anak lahir di Selangor.).
  • Jika permohonan dibuat oleh penjaga sah atau untuk anak angkat, perlu disertakan salinan surat perakuan anak angkat atau surat kuasa penjagaan rasmi.

PEMBAYARAN TAWAS SELANGOR 2026

TAWAS akan dibayar kepada penerima yang layak secara berfasa seperti berikut :

FASA PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARANCATATAN
Fasa 115 Mac sehingga 30 Mac 2026Bayaran dibuat untuk ahli yang lahir pada bulan Januari hingga Mac
Fasa 215 Jun sehingga 30 Jun 2026Bayaran dibuat untuk ahli yang lahir pada bulan April hingga Jun
Fasa 315 September sehingga 30 September 2026Bayaran dibuat untuk ahli yang lahir pada bulan Julai hingga September
Fasa 415 Disember sehingga 30 Disember 2026Bayaran dibuat untuk ahli yang lahir pada bulan Oktober hingga Disember

Catatan : Sekiranya anda tidak membuat tuntutan dalam fasa yang ditetapkan, tuntutan boleh dilakukan pada fasa seterusnya. Namun, tempoh tuntutan adalah selama satu tahun dari tarikh hari lahir yang ke-18 sahaja.

KAEDAH PEMBAYARAN TAWAS SELANGOR

TAWAS akan disalurkan kepada penerima seperti berikut :

  • EFT (Electronic Funds Transfer) — pembayaran terus ke akaun bank ibu bapa atau penjaga yang didaftarkan.
  • Dompet digital (e-Wallet) — pembayaran melalui aplikasi e-dompet yang dipilih oleh ibu bapa atau penjaga semasa kemaskini maklumat.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan TAWAS, seperti berikut :

  • Salinan MyKid dan sijil lahir anak.
  • Salinan MyKad ibu dan bapa.
  • Salinan MyKad penjaga (jika berkaitan).
  • Salinan surat perakuan anak angkat (jika berkaitan).Kaum atau Ketuan Masyaratkat.

PERMOHONAN TAWAS SELANGOR

Pendaftaran ahli baru untuk permohonan TAWAS telah ditutup sepenuhnya pada 28 Februari 2019.

Fokus utama program pada tahun 2026, adalah untuk pembayaran atau tuntutan manfaat sebanyak RM1,500, di mana ahli TAWAS yang telah mendaftar sebelum ini dan anak kini mencapai usia 18 tahun boleh membuat tuntutan pada tahun 2026.

Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak kelahiran 2008 dan 2009, perlu mengemaskini maklumat ahli untuk melancarkan proses pembayaran manfaat tersebut seperti :

  • Nombor telefon ibu/bapa/penjaga;
  • Alamat tempat tinggal terkini;
  • Email Ibu/bapa/penjaga terkini;
  • Pilihan kaedah pembayaran (contoh: akaun bank atau e-dompet);

Kemaskini boleh dilakukan di Portal Rasmi TAWAS di https://tawas.yawas.my/login.php/

SEMAKAN PERMOHONAN TAWAS SELANGOR

Status Permohonan TAWAS boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi TAWAS : https://tawas.yawas.my/login.php/
  2. ⁠Halaman utama Portal TAWAS akan dipaparkan.
  3. Masukkan12 digit nombor [MyKid] atau [MyKad] anak yang berdaftar tanpa (-).
  4. Klik butang “Semak” untuk melihat status pendaftaran, maklumat ahli dan kelayakan tuntutan manfaat.
  5. Maklumat Status Kelayakan beserta tarikh sah penerimaan manfaat (apabila anak mencapai umur 18 tahun).
  6. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment