BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK : SEMAKAN & PERMOHONAN
Satu inisiatif kewangan tunai telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk membantu para ibu mengandung di Sarawak agar dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi sejurus melahirkan anak serta membantu memenuhi keperluan ibu berpantang.
Bagaimanakah semakan dan permohonan bantuan ibu bersalin sarawak? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN PENERIMA BAYARAN STR (BANTUAN FASA 3 2026)
PENGENALAN
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ialah bantuan kewangan Kerajaan Negeri Sarawak kepada semua ibu mengandung berwarganegara Sarawak yang bakal melahirkan anak.
Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu memenuhi keperluan para ibu selepas melahirkan anak untuk mendapatkan pemakanan sihat, serta penjagaan diri yang baik dalam tempoh berpantang.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat Kelayakan BIB Sarawak 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Ibu Mengandung;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘K’ (Sarawak); atau
- Isteri kepada warganegara Malaysia berstatus ‘K’ (Sarawak);
- Melahirkan bayi sama ada di dalam atau di luar Sarawak;
- Melahirkan bayi pada usia kandungan 22 minggu dan ke atas.
Info TAMBAHAN :
Permohonan HANYA BOLEH dibuat selepas bersalin (melahirkan) atau dalam tempoh masa 3 bulan selepas bersalin; atau
Selepas bersalin pada usia kandungan 22 minggu ke atas (bagi kes kelahiran mati atau keguguran sahaja) usia kandungan berusia 22 minggu ke atas sehingga tempoh 3 bulan selepas bersalin.
KADAR BANTUAN IBU BERSALIN
Amaun BIB Sarawak 2026 adalah seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | JUMLAH BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak | RM450 |
PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN
BIB Sarawak 2026 boleh di mohon secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi iSarawakCare : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/
- Halaman utama Portal iSarawakCare akan dipaparkan – Klik [Login SarawakPass]
- Scan QR Kod menggunakan Aplikasi SarawakPass – Jika tidak mempunyai SarawakPass, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu.
- Setelah selesai daftar dan berjaya Login, tekan pada butang [Bantuan Ibu Bersalin] dan Isikan Maklumat Pemohon dengan lengkap dan tepat di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Save] untuk hantar permohonan anda.
- Klik [View Application] untuk semakan permohonan yang telah dihantar.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan BIB Sarawak, seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan atau Passport Ibu.
- Salinan Kad Pengenalan atau Passport Pasangan.
- Salinan Sijil Perkahwinan, jika pemohon bukan berstatus ‘K’.
- Salinan Muka Hadapan Buku Rekod Kesihatan Ibu.
- Salinan Penyata Akaun Bank Terkini.
- Salinan Nota Discaj atau Sijil Kelahiran Bayi atau Surat Pengesahan mengandung 22 minggu ke atas dari pegawai perubatan.
Catatan : Salinan dokumen sokongan mestilah disahkan oleh pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kumpulan A Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum atau Ketuan Masyaratkat.
SEMAK BANTUAN IBU BERSALIN
Status Kelayakan BIB Sarawak 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi iSarawakCare : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/
- Halaman utama Portal iSarawakCare akan dipaparkan – Klik [Login SarawakPass].
- Scan QR Kod menggunakan Aplikasi SarawakPass – Jika tidak mempunyai SarawakPass, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu.
- Setelah selesai daftar dan berjaya Login, tekan pada butang [Bantuan Ibu Bersalin] dan Klik [Timeline] untuk menyemak status permohonan anda.
- Maklumat Status Kelayakan dan Pembayaran akan dipaparkan.
- Atau pemohon boleh WhatsApp (mesej sahaja) di talian : +6014-6881398
- Selesai.
KAEDAH PENYALURAN
BIB Sarawak akan dikreditkan kepada para ibu yang layak seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak | Bermula tahun 2026, duit bantuan akan dikreditkan melalui akaun SPayGlobal penerima yang aktif |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai BIB Sarawak 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Pejabat : 082-374700
- Talian Khidmat (WhatsApp) : 014-6881398
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/383